The Venerable Arnold Puntang (Archdeacon Emeritus)

Dilahirkan pada 25hb September 1931 di Simunjan, Sarawak. Mendiang Ven. Arnold Puntang telah kembali dengan selamatnya kepada Bapa di Syurga pada 29hb Oktober 2004, jam 4 pagi di Hospital Ratu Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Mendiang Ven. Arnold Puntang meninggalkan isterinya, Rosemary, anak lelakinya Dustan & anak perempuannya Grace. Sementara itu, kita percaya mendiang Ven. Puntang sedang menikmati damai sejahtera yang kekal bersama dengan Allah di Syurga.



 


Dipanggil ke dalam pelayanan-Nya, mendiang Ven. Puntang memulakan pelayanan dengan latihan Teologi di Rumah Epiphany, Kuching selama 4 tahun dan Seminar Teologikal Virgina, Amerika Syarikat selama setahun. Dia memulakan pelayanan di Diosis Sabah pada awal Oktober 1960 bersama dengan isterinya. Pada masa itu, Misi Borneo Inland yang baru ditubuhkan mula beroperasi. Mendiang ditugaskan hampir kesemua daerah misi dibawah Misi Pedalaman Anglikan, Sabah (SAIM). Melalui kerja perintisan SAIM yang ada kalanya sangat mencabar, khususnya di daerah-daerah yang terpencil, pelayanan penginjilan dapat berkembang sehingga kini. Dalam pelayanan di Diosis, mendiang Ven. Puntang dilantik sebagai Kanon Katedral All Saints? pada tahun 1969. pada tahun 1991, mendiang dilantik sebagai Archdeacon Pedalaman sehingga beliau bersara daripada pelayanan sepenuh masa pada 25hb September 1996 apabila beliau mencapai usia 65 tahun.


 


Seluruh Diosis bermula dari Bishop Diosis ke setiap anggota jemaat Diosis Sabah, terutamanya gereja-gereja di pedalaman, mengambil peluang ini untuk berterima kasih dan mengucap syukur kepada Allah bagi mendiang Ven. Puntang yang dikasihi, di atas kesetiaan, ketekunan, komitmen dan pelayanan yang membuahkan hasil dalam membawa jiwa-jiwa yang hilang ke dalam Diosis sepanjang hayat beliau. Dan kita menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada Puan Rosemary dan Keluarga mendiang Ven. Puntang. Semoga kasih dan penghiburan dari Allah beserta dengan kamu


 


 


The Most Rev. Datuk Yong Ping Chung

Share Button

Leave a Reply