Terkini…

Shallom! saudara dan saudari yang kami kasihi di dalam nama Tuhan Yesus Kristus.

Bagi kemudahan para ahli dan pengunjung laman web Penjala, pihak webmaster selaku pentadbir laman ini telah menambah beberapa ruangan baru disamping mengubahsuai ruangan yang sedia ada iaitu:

  • Classifieds / Iklan – Kemudahan untuk mengiklankan sebarang aktiviti. Iklan akan aktif dalam tempoh sebulan. Walau bagaimanapun pemilik iklan boleh menyambungkan tempoh iklan atau membatalkan iklan tesebut. Hanya pengguna berdaftar sebagai ahli sahaja boleh mengirimkan iklan pada ruangan ini.

  • Kirim Artikel – Kini ahli berdaftar boleh mengirimkan sebarang artikel kepada laman web menurut kategori seperti artikel umum, rangka khutbah, kesaksian, permohonan doa dan saat teduh. Dua bidang kekuasaan mengirim artikel iaitu Ahli biasa (berdaftar) dan Ahli Dilantik (ahli biasa yang berdaftar dilantik oleh pihak pentadbir untuk sesuatu tugas seperti penulis tetap dll). *Sila lihat bahagian "Soalan Lazim" bahagian "Pengurusan Artikel" untuk keterangan lanjut.

  • Pendaftaran Ahli – Borang pendaftaran telah dikemaskinikan dengan penambahan seperti Misi / Paroki, Nama Gereja, Paderi Bertugas (Wajib), Pekerjaan, Alamat dan Telefon. Ahli boleh mengemaskinikan profail perbadi seperti memasukkan gambar dll.

  • Senarai Ahli – Ia telah diubahsuai supaya serasi dengan sistem pendaftaran baru.

  • Modul Classifieds / Iklan – Terletak disebelah atas laman utama yang akan menyenaraikan iklan terkini.

  • Modul Berita / Artikel Terkini – Terletak disebelah atas laman utama yang akan menyenaraikan 5 berita atau artikel terbaru.

  • Panel Artikel – Menu langsung kepada kategori artikel.

  • Chat – Ruangan ini telah dibuka semula untuk tempat para ahli berbual.

Pada masa akan datang pentadbir bercadang memasukkan Album Galeri yang akan memuatkan peristiwa-peristiwa terkini berlaku disekitar kita. Komponen ini masih dalam percubaan.

Webmaster 

Share Button

Leave a Reply