Teguhkanlah Hatimu!

Beberapa hamba Tuhan terkenal pernah didera perasaan "tidak mampu" ketika menghadapi tantangan tertentu. Yerima juga mengalaminya. Sebagai orang muda, ia telah dipanggil Allah untuk menyampaikan berita penghakiman Allah kepada orang Yehuda. Pada mulanya ia menolak panggilan ini kerana tidak mampu dan masih muda, tetapi Allah menyakinkannya dengan janji bahawa Dia akan menyertainya dalam melaksanakan tugas ini.

David Livingstone, seorang penjelajah dan utusan misi, pernah mengunjungi salah satu jemaah di Skotlandia. Mereka memintanya untuk tinggal di situ dan berkhutbah. Livingstone bersedia asalkan teman-temannya mahu berdoa untuknya pada malam itu. Namun keesokan harinya ketika bangun, ia diliputi perasaan tidak mampu yang luar biasa sehingga membuatnya takut dan meninggalkan kota itu. Ketika teman-temannya mengetahui hal ini, mereka mengejar dan membanya kembali. Akhirnya dengan bersandar pada kesetiaan dan pimpinan Tuhan sendiri, Livingstone dapat berkhutbah dengan penuh kuasa dan banyak jiwa dibawa kepada Kristus saat itu.

Pernahkah kita dipanggil Tuhan untuk melakukan tugas pelayanan rohani tertentu? Apakah kita menghadapi tantangan yang amat berat? Dapatkah kita menghubungkan keadaan kita dengan reaksi Yeremia? Kita juga membuat banyak dalih? Apakah perasaan gentar dan tidak mampu menghalangi panggilan kita?

Teguhkanlah hatiumu, kawan. Pimpinan Roh Kudus sentiasa terbukti dalam kelemahan kita.

 

Share Button