Percaya Kepada Allah, Yosua 6

akupercayaPendahuluan
Bab ini mengajar kita agar percaya kepada Allah meskipun hal-hal yang rumit. Yosua dapat menawan kota Yerikho yang kuat dan dikawal pahlawan gagah perkasa (2) walaupun Raja Yerikho berusaha melindungi bandarnya daripada serangan Yosua (1). Ada beberapa pelajaran yang kita boleh petik dari bab ini berkenaan “Percaya kepada Allah.”

1 Allah akan melaksanakan kehendak-Nya: 1-21

  • Arahan telah diberikan bagaimana Yosua menawan Yerikho, 1-5
  • Yosua dan umat melaksanakan arahan mengelilingi Yerikho 7 hari, 6-14
  • Allah (melalui Yosua) menawan bandar Yerikho 15-21

Pelajaran: Percayalah kepada Allah kerana tidak ada yang mustahil bagi Dia

2 Allah menepati janji-Nya: 22-25

  • Allah telah bersetuju menyelamatkan Rahab, Yos 2:12-14
  • Allah menyelamatkan Rahab sebelum Yerikho dibakar, 17, 22-25

Pelajaran: Percayalah kepada Allah, Dia pasti menjawab doa kita

3 Allah mahu amaran-Nya diingati:26

  • Yerikho dimusnah dan tidak akan dibina semula

Pelajaran: Percayalah kepada Allah, mari kita patuhi amaran-Nya kepada kita

Penutup
Kemenangan Yosua ke atas Yerikho adalah sesuatu yang amat luar biasa. Selepas kemenangan ini khabar kemasyurannya diketahui umum (27). Hal ini hanya dapat dicapai melalui campur tangan Allah yang luar biasa. Semoga “Yerikho” anda pula dapat dikalahkan dengan campur tangan Allah kita yang luar biasa.

Soalan untuk minggu ini

  1. Apakah pula “Yerikho” anda dan kongsikan bagaimana Allah menolong anda meruntuhkan “Yerkho” anda.
  2. Jika masih ada janji Allah kepadamu yang belum dikabulkan, mintalah didoakan oleh sel anda. Semoga Allah kita menjawabnya.
  3. Apakah pelajaran baru yang anda pelajari minggu ini? Kongsikan.
Share Button

Leave a Reply