
Penuaian 2020 merupakan suatu perayaan yang diadakan empat tahun sekali, dianjurkan oleh Diosis Sabah. Perayaan seumpama ini sudah diadakan sejak tahun 90an lagi di Pusat Lembah Berkat Telupid atau lebih dikenali sebagai PLBT.
Penuaian 2020 akan diadakan pada 28hb – 31hb Mei 2020 di gereja baharu St. David, Kg Gading, Telupid. Pelbagai program telah disediakan seperti:
• Kebaktian Kebangunan Rohani
• Sambutan Archbishop Ke-6 baharu Gereja Anglikan Asia Tenggara
• Pentabhisan Gereja St David Baharu
• Pentabhisan Paderi & Diakon
• Kebaktian Penetapan Massa
• Kesyukuran Kaamatan
Dianggarkan Penuaian 2020 akan dihadiri kira-kira 10,000 anggota dari seluruh pelusuk Diosis Sabah. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM10 HANYA bagi peserta yang berumur 13 tahun dan ke atas.
Dibawah ini adalah beberapa maklumat tentang Penuaian 2020 yang boleh dimuat-turun
Video Promosi
Poster Penuaian 2020:
Baju Penuaian 2020:
Borang Pendaftaran Berkumpulan Penuaian 2020
Borang Tempahan Baju Penuaian 2020: