PEKA TERHADAP KEHADIRAN ROH KUDUS

“Tidak tahukah kamu, bahwa kamu adalah bait Allah dan bahwa Roh Allah diam di dalam kamu?”  1 Korintus 3:16

Bercerita tentang Belanda, kincir angin pastinya tidak terlepas daripada topik perbincangan, kerana nama lain bagi Belanda ialah tanah kincir angin. Hampir semua orang tahu tentang kincir angin iaitu alat yang berbentuk baling-baling besar atau kecil bergantung kepada kegunaannya, di mana bilahnya akan berputar dan bergerak apabila ada angin yang menolaknya. Kincir angin menggunakan tenaga angin untuk menukarkannya kepada kuasa mekanikal. Kegunaan kincir angin ialah: sebagai penjana kuasa, membantu menyalurkan air dalam pengairan dan sebagainya. Kincir angin akan mempunyai nilai guna jika setiap bahagiannya dapat berfungsi dengan baik, terutama baling-baling yang merupakan bahagian yang paling penting, kerana alat ini berfungsi untuk menangkap angin yang datang pada bila-bila masa, sama ada angin yang sangat kuat atau yang bertiup sangat perlahan, sepoi-sepoi. Tak kira angin bertiup macam mana pun, selagi bilah kincir angin itu tidak rosak, dia pasti dapat menangkapnya.

Angin adalah simbo atau tanda kehadiran Roh Kudus, manakala kincir angin adalah gambaran kehidupan orang beriman. Selalunya kita tidak dapat ‘menangkap’ dan merasai kehadiran Roh Kudus kerana ‘baling-baling’ kehidupan kita tidak dapat berfungsi dengan baik, atau rosak. Kita tidak lagi mempunyai kepekaan rohani kerana kita tidak menjaga kehidupan rohani kita dengan baik. Tubuh kita adalah bait Tuhan, di mana Roh Kudus bersemayam dan  “Jika ada orang yang membinasakan bait Allah, maka Allah akan membinasakan dia. Sebab bait Allah adalah kudus dan bait Allah itu ialah kamu.”  (1 Korintus 3:17).

Jika kita sentiasa menjaga dan mengekalkan kerohanian kita dengan betul, kita tidak akan kehilangan kepekaan terhadap suara Roh Kudus, sebaliknya kita akan mempunyai deria yang semakin terlatih. Cara? Mempunyai persekutuan yang erat dengan Tuhan setiap hari, dan jangan sekali-kali menjauhi pertemuan ibadat!

Kerana tubuh kita adalah bait Roh Kudus, kita mesti menjaganya dengan baik, supaya kita peka terhadap kehadiran-Nya.

Share Button

Leave a Reply