MENJADI SERUPA – KEJADIAN 1:26–28

Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. (Kejadian 1:27)

Apakah yang paling dirasai oleh pasangan suami isteri apabila bayi mereka dilahirkan? Kegembiraan dan kebahagiaan! Selepas itu? Kita sering membuat spekulasi tentang siapa rupanya? Mata, hidung, kaki, perwatakan… semakin besar kanak-kanak itu, semakin dia akan menyerupai seseorang. Seperti yang diharapkan oleh kebanyakan ibu bapa, sudah tentu kita mahu anak-anak kita mempunyai persamaan dengan kita.

Seperti seorang petani, dia akan bekerja keras supaya benih yang ditanamnya dapat membesar dan mampu mengekalkan ciri-ciri unik sesuatu tumbuhan dari generasi ke generasi. Jika tidak, tumbuhan itu tidak akan berguna. Bagi mengekalkan ciri-ciri atau karakter unggul sesuatu benih, petani akan bekerja dengan gigih dan teliti agar benih tersebut menghasilkan kualiti yang sama seperti dengan generasi sebelumnya.

Kita diciptakan menurut rupa Tuhan. Dengan Dialah kita mempunyai banyak persamaan. Pertama, seperti Bapa di syurga yang mendambakan hubungan yang rapat, ini adalah kerinduan hati kita. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk dekat dengan Tuhan dan orang lain. Kedua, seperti Tuhan, mempunyai kehendak bebas. Tuhan menggunakan kehendak-Nya untuk mengasihi kita seadanya. Ketiga, seperti Tuhan, kita juga mengalami emosi. Yesus menangis, menyatakan kemarahan, dan berdukacita. Dan keempat, sama seperti Tuhan, kita adalah makhluk rohani. Mematikan perbuatan daging dan hidup dalam roh adalah apa yang Tuhan kehendaki dalam hidup kita. Selidiki semula kehidupan kita hari ini. Adakah sifat, cara hidup, dan kualiti hidup kita semakin serupa dengan Tuhan, Pencipta kita?

Share Button

Leave a Reply