MEMPERTAHANKAN AIR MUKA DAN HARGA DIRI

“‘Bukankah Abana dan Parpar, sungai-sungai Damsyik, lebih baik dari segala sungai di Israel? Bukankah aku dapat mandi di sana dan menjadi tahir?’ Kemudian berpalinglah ia dan pergi dengan panas hati.”  2 Raja-Raja 5:12

Kekayaan, kedudukan, kehebatan, kepandaian, populariti adalah perkara yang sangat berharga di mata dunia. Setiap orang bermimpi dan berusaha untuk mencapainya, kerana dengan memilikinya semua orang akan dilihat sebagai ‘besar dan bermakna’. Contohnya adalah Naaman, seorang panglima pimpinan raja Aram yang memiliki reputasi yang baik bukan hanya di mata raja, tetapi juga di seluruh negeri, yang oleh Tuhan memberikan kemenangan kepada orang Aram.

Malangnya Naaman menghidap penyakit kusta. Melalui keterangan gadis kecil yang merupakan hamba isterinya, Naaman pergi kepada hamba Tuhan (Elisa) untuk mencari kesembuhan. Betapa terkejut dan kecewa Naaman ketika tiba di kediaman Elisa, kerana hambaTuhan itu tidak melakukan seperti yang diharapkan: meletakkan tangan atau berdoa, sebaliknya hanya mengirim utusan untuk bertemu dan menyampaikan pesan: “Pergilah mandi tujuh kali dalam sungai Yordan, maka tubuhmu akan pulih kembali, sehingga engkau menjadi tahir.”  (ayat 10). Sebagai orang yang mempunyai pangkat, kehormatan dan reputasi, Naaman merasa dipermainkan dan dihina, apalagi disuruh mandi di sungai Yordan yang keruh dan bukannya pergi ke sungai Abana dan Parpa.

Abana secara harfiah bermaksud kepakaran dan kepintaran manusia, sementara Parpar bermaksud kecukupan buatan manusia. Sebenarnya, Elisha menyuruh Naaman mandi di Sungai Yordan sebagai cara mudah untuk menguji ketaatan dan kerendahan hatinya. Selagi kita mempertahankan air muka, harga diri, reputasi dan semua ‘sifat’ yang melekat pada kita, kita menyekat kuasa Tuhan agar tidak berfungsi! Tidak mudah untuk merendahkan diri, terutama bagi mereka yang berada ‘diatas’ yang cenderung ingin dihormati, diutamakan, dilayan. Selagi kita bergantung pada kekuatan dan kepintaran manusia, kita meremehkan kuasa Tuhan. Ketika Naaman taat dan rela merendahkan dirinya dan membenamkan dirinya tujuh kali ke Sungai Yordan, keajaiban terjadi.

“…pulihlah tubuhnya kembali seperti tubuh seorang anak dan ia menjadi tahir.”  (ayat 14).

Ketaatan dan kerendahan hati adalah langkah awal mengalami mujizat!.

Share Button

Leave a Reply