Laporan KMM Peringkat Keningau

Shallom! Kemah Muda-Mudi Peringkat Keningau yang bertemakan "Hatiku Jadi Milik-Mu" telah diadakan pada 22hb – 24hb Ogos 2006 di Gereja Anglikan Iman Hidup, Kg Lalang, Ulu Tomani, Tenom. Pengkhutbah undangan bagi KMM ini ialah Rev Musa Ambai paderi penguasa Misi St. John, Penangah. Seramai 116 orang peserta telah menghadiri KMM ini. Mereka datang dari Labuan, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Nabawan dan sekitar Tenom.

Melalui KMM ini, ramai anak-anak muda telah menyerahkan hidup mereka kepada Tuhan disamping menerima panggilan daripada Tuhan
dan sedia menghadapai segala cabaran di masa akan datang. Pada
masa yang sama mereka merasakan sukacita yang penuh dan mempunyai
kesempatan untuk berinteraksi antara satu dengan yang lain. Dengan kata lain
"CUKUP SANTAILAH…."

 
Oleh: Penginjil Muda Yeusli Roslan (St Margaret, Keningau)

 

Share Button

Leave a Reply