Laman Web Diserang Spam

no-spamShallom,

Berita hari ini pastinya akan mengejutkan anda. Saya baru sahaja mengemaskinikan laman web Komuniti Rakan Penjala pada pagi ini. Saya mendapati keahlian telah meningkat secara mendedak sehingga melebihi 4,000 ahli. Walaupun ia adalah sesuatu yang mengembirakan kepada setiap Webmaster. Tetapi disebalik peningkatan tersebut, saya mendapati bahawa laman ini telah diserang spam.

SPAM atau yang biasa disebut juga dengan junk mail, adalah email yang tidak diinginkan oleh pengguna komputer dalam bentuk surat elektronik (email), Instant Messaging, Usenet, newsgroup, blog, dll. SPAM tidak diinginkan oleh pengguna komputer kerana SPAM berisi iklan yang menggangu para pengguna web. SPAM juga dikaitkan dengan pengiriman pendaftaran palsu yang boleh menggangu kelancaran laman web terutamanya laman yang menggunakan database. Selain daripada kegiatan pendaftaran palsu, ia juga dikaitan dengan aktiviti hack/crak/deface. Pendek kata SPAM menggangu ketenteraman pengguna internet.

Oleh sebab itu, sekarang saya sedang menghapuskan nama-nama / ahli-ahali berdaftar secara spam. Kami memohon kemaafan jika keahlian anda terhapus secara tidak sengaja berikutan dengan operasi penghapusan pendaftaran secara spam ini. Pendaftaran juga ditutup buat semetara waku. Jika anda ingin mendaftar sebagai ahli atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila menghubungi kami melalui email di webmaster (at) penjala.org.

Tuhan memberkati anda.

Share Button

Leave a Reply