Ku Miliki Kuasa, Yohanes 14:12-14

kuasaPendahuluan
Para murid Yesus merasa khuatir dan takut kerana Yesus akan meninggalkan mereka (kembali ke syurga), lalu Yesus menghibur mereka dan menegaskan bahawa mereka akan mempunyai kuasa yang cukup untuk menanggung mereka. Para murid diberi kuasa hebat di bumi dan syurgawi.

1. Kuasa hebat di bumi, 12

  • Mereka berkuasa melakukan pekerjaan-pekerjaan yang Yesus sudah dilakukan: contohnya sembuhkan penyakit, bangkitkan orang mati, usir setan (Mat 10:8)
  • Mereka berkuasa melakukan pekerjaan yang lebih hebat: perhatikan bayang-bayang Petrus (Kis 5:15-16), saputangan Paulus (Kis 19:12)
  • Mengapa: Sebab Yesus pergi kepada Bapa. Menurut Kis 1:8, kesaksian atau perbuatan ajaib sebegini adalah sebahagian daripada kemuliaan Yesus di tempat tinggi (Ef 4:8) dan membuat lutut bertelut dan lidah mengaku Yesus adalah Tuhan

2. Kuasa syurgawi yang hebat, 13-14

  • Mereka berkuasa berhubung langsung kepada Yesus melalui doa. Bebas meminta: ‘apa juga’ sambil meminta dengan rendah hati: ‘Jika kamu meminta’
  • Mereka berkuasa meminta dalam nama Yesus yang berkuasa, bukan atas nama berhala yang tidak berkuasa. Permintaan mereka pasti dikabulkan: ‘Aku akan melakukannya’
  • Mengapa: Supaya Bapa dimuliakan di dalam Yesus. Semoga pelayanan kita (kecil dan besar) memuliakan Bapa di syurga

Penutup
Yesus telah berikan kepada para murid-Nya dan telah menghasilkan lebih banyak pekerjaan yang hebat; dan lebih ramai orang telah percaya kepada Yesus berbanding pelayanan Yesus semasa hidup-Nya di dunia. Bapa di syurga dimuliakan apabila lebih banyak lutut bertelut dan lidah mengaku bahawa Yesuslah Tuhan; dan ini adalah kerana Roh Kudus yang diutus-Nya. Kamu juga memiliki kuasa ini. Gunakan selayaknya.

 Oleh : Canon Lidis Singkung

Share Button

Leave a Reply