Kasih Yang Benar Akan Bertindak

Alkitab menyatakan bahawa Allah adalah kasih. Perhubungan di antara Allah dan manusia dicirikan oleh kasih-Nya yang berapi-api. Allah mengasihi umat-Nya dengan perasaan cemburu sehingga Dia melepaskan mereka dari perhambaan dan penindasan, Dia melindungi mereka dari musuh-musuh mereka, Dia membekalkan makanan apabila mereka lapar dan air apabila mereka haus, dan Dia memberikan kemenangan ke atas musuh-musuhnya yang kuat, berkali-kali. Namun apabila di tengah-tengah ini semua, mereka berpaling daripada-Nya, Dia menawan mereka kami dengan kasih-Nya yang tak terputus-putus.

 

Sepanjang sejarah; Allah kelihatan sebagai kekasih yang telah ditolak oleh manusia. Namun tidak ada kasih yang lebih besar daripada kasih Allah bagi orang-orang berdosa yang telah menyimpang. Di muka kegagalan, penolakan, penyangkalan, kemarahan dan pengkhianatan, Allah dalam kasih-Nya yang tak terputus-putus mencari dan menyelamatkan domba-domba yang hilang dan sesat. Dialah bapa yang menantikan kepulangan anaknya yang telah menyimpang ke rumah supaya Dia dapat merayakan kepulangan anaknya.

Sepanjang sejarah; Allah kelihatan sebagai kekasih yang telah ditolak oleh manusia. Namun tidak ada kasih yang lebih besar daripada kasih Allah bagi orang-orang berdosa yang telah menyimpang. Di muka kegagalan, penolakan, penyangkalan, kemarahan dan pengkhianatan, Allah dalam kasih-Nya yang tak terputus-putus mencari dan menyelamatkan domba-domba yang hilang dan sesat. Dialah bapa yang menantikan kepulangan anaknya yang telah menyimpang ke rumah supaya Dia dapat merayakan kepulangan anaknya.

 

Cerita Perjanjian Lama mengenai nabi Hosea ialah perumpamaan kasih Allah yang tidak terukur. Dikahwinkan kepada isteri yang tidak setia yang melacurkan diri dan melahirkan anak-anak keghairahan yang berdosa, Hosea masih mengampuni dan memulihkan kepadanya penghormatan rumahnya dan keintiman katilnya. Dan apabila isterinya menjadi curang lagi, Hosea mencari dia dalam kehinaannya dan memulihkannya kembali.

 

Kasih yang benar akan bertindak. Kasih bukan sahaja perasaan yang hangat dan pasif dan ia bukan persetujuan untuk saling menolong atau saling memberkati. Alkitab menyatakan bahawa apabila manusia kamu dan saya masih hamba dosa dan pemberontak terhadap Allah, Dia mengasihi kita sampai ke tahap di mana Dia menerima penghinaan, kesakitan, penderitaan yang sangat mendalam, hingga kematian juga. Alkitab menjelaskan bahawa seseorang sukar juga memberikan nyawanya sendiri atas dasar kasih dan hormat bagi seseorang yang baik, tetapi Allah memberikan nyawa-Nya atas dasar kasih untuk pembohong, pencuri, penipu, perogol, pembunuh, pelacur, penagih dadah, raja-perang, pengedar dadah, dan bermacam jenis orang lucah. Kerana Allah begitu mengasihi semua manusia sehingga Ia bertindak (Yohanes 3:16) Dia datang dari ketinggian kemuliaan syurgawi untuk memeluk kemanusiaan yang berbau, berdosa dan sombong dengan tangan pengampunan, penyembuhan dan penyelamatan.

 

Begitu besarnya kasih Kristus, kata Paulus, sehingga Dia terpaksa mengasihi saudara sesamanya dengan kasih yang sama (2 Korintus 5). Kasih yang benar bukan yang berpatutan, bukan pandangan teologi, atau impian yang jauh. Kasih yang benar yang mengisthirkan Yesus adalah penglibatan praktikal dalam kasih Allah dengan manusia mengasihi orang-orang yang Dia kasihi jiran-jiran, orang-orang asing, anak-anak yatim, balu-balu, banduan, musuh, pendatang, orang sakit dan yang miskin, dan juga termasuk anggota keluarga kita semunya juga diterima oleh Yesus.

 

Kasih yang benar akan bertindak adalah cara kerendahan hati dan belas kasihan yang terunggul kata Paulus. Kasih yang benar dan ilahi membuktikan diri dengan tindakan yang mengistiharkan dan menunjukkan kasih Bapa yang tak terukur, tak kehabisan dan tak berubah. Ia merupakan jalan salib, kasih yang menjaga, memberi dan menolong orang yang berbeza daripada diri kita, yang kelihatan tidak layak, iaitu dari sudut pandangan manusia menjijikan, dan tidak akan pernah mengembalikan atau membalas kasih kita terhadap mereka.

Share Button

Leave a Reply