INSPIRASI CHADWICK BOSEMAN – 2 KORINTUS 12:1–10

Tetapi jawab Tuhan kepadaku, “Cukuplah anugerah-Ku bagimu, sebab justru dalam kelemahanlah kuasa-Ku menjadi sempurna.” Sebab itu, aku terlebih suka bermegah atas kelemahanku, supaya kuasa Kristus turun menaungi aku. (2 Korintus 12:9)

Perwatakan Chadwick Boseman dikagumi orang ramai di seluruh dunia bukan sahaja kerana peranannya sebagai raja dalam filem Black Panther, tetapi juga sambutan yang ditunjukkannya terhadap kansernya. Diagnosis doktor tidak mematahkan semangatnya, tetapi dia menghadapinya dengan perjuangan yang kuat termasuk apabila dia selesai penggambaran filem itu dalam keadaan yang sepatutnya menyebabkan dia lemah dari segi fizikal. Jika kita menonton filem itu, tidak nampak langsung seorang pelakon yang menghidap kanser.

Hakikatnya, dalam menjalani kehidupan ini, tiada siapa yang benar-benar bebas daripada masalah. Namun, ada orang yang memilih untuk berjuang, bukannya mengharapkan belas ihsan orang lain berhubung masalah yang mereka alami. Orang seperti itu biasanya enggan berputus asa terhadap keterbatasan, tetapi berusaha dengan sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan mereka. Bagi kehidupan seorang beriman, syarat ini adalah satu kemestian kerana Roh-Nya akan menolong, agar kehidupan seorang beriman dimungkinkan untuk memenuhi teks renungan hari ini, “… sebab justru dalam kelemahanlah kuasa-Ku menjadi sempurna.”

Ini tidak bermakna bahawa Tuhan akan menghapuskan masalah itu secepat mungkin dari kehidupan kita, tetapi rahmat-Nya akan membolehkan kita melalui semua itu. Kita bahkan akan dibolehkan untuk menjadi saksi, berkat, dan inspirasi bagi orang lain. Namun, apabila itu berlaku, itu semua bukan untuk kebanggaan atau kemegahan, tetapi untuk nama Tuhan dimuliakan melalui kehidupan kita.

Share Button

Leave a Reply