HUKUM SOGIT

‘Sogit’ atau korban darah adalah satu daripada unsur-unsur kepercayaan dan amalan tempatan di negeri Sabah khususnya dalam kalangan masyarakat animistik. Peraturan dan sistem perundangan mereka juga telah dipengaruhi oleh unsur kepercayaan tersebut. Undang-undang tempatan yang dimaksudkan ialah ‘Hukum Sogit’.

Persoalannya adalah, ‘Bolehkah orang Kristian terlibat secara langsung dalam upacara korban darah?’ Apakah orang-orang Kristian masih perlu ‘monogit’ atau memberikan pembayaran ‘sogit’ sesuai dengan tuntutan ‘Hukum Sogit’ atau tidak? Sekiranya orang Kristian telah didapati bersalah di bawah ‘Hukum Sogit’, apakah ‘sogit tradisi’ masih perlu dilaksanakan bagi mereka sebagai orang-orang yang telah ditebus dengan darah korban Yesus Kristus? Apakah mereka dianggap sebagai pencemar kedaulatan undang-undang sekiranya mereka tidak memenuhi tuntutan ‘Hukum Sogit’? Persoalan ini dirungkai dalam buku, ‘Penerapan Nilai-Nilai Alkitabiah Dalam Pelaksanaan Hukum Sogit Dalam Kalangan masyarakat Kristian’.

The Very Reverend Musa Ambai
Dean of All Saints’ Cathedral,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel / WhatsApp : +60197200497 | Email : emtongod62@gmail.com Facebook : Musa Ambai

Share Button

Leave a Reply