Android PENJALA v1.1.14.stable

v1.1.14.stablePerisian Android PENJALA versi 1.1.14.stable telah dikeluarkan oleh pihak pentadbir pada hari ini. Dengan perisian ini, para pengguna dapat membaca berita dan artikel terkini secara langsung melalui telefon mudahalih jenis Android. Ini bererti pengguna tidak perlu bersusah payah membuka komputer dan melayari laman web Komuniti Rakan Penjala untuk mendapatkan berita segera. Ia adalah sangat mudah, pantas dan mesra pengguna.

Bagi anda yang telah menggunakan perisian Android PENJALA versi sebelum ini, dinasihatkan supaya muat turun perisian untuk upgrade… Terima kasih kerana menggunakan Android PENJALA versi 1.1.14.stable.

Bagi memudahkan anda,  kami telah menyediakan beberapa soalan lazim berkaitan dengan perisian ini. Sila melayari laman dibawah ini:

https://www.penjala.org/android-penjala/

  • Apakah Android PENJALA?

Ia adalah perisian Android yang memuat turun suapan (Feed RSS) dari laman web Komuniti Rakan PENJALA – https://www.penjala.org

  • Apakah maksud v1.1.14.stable?

v = Versi

1 = Keluaran pertama

1 = Patch (pembaikan)

14 = Dibina semula

Beta = Masih dalam percubaan

Stable = Selamat digunakan

  •  Berapa hargakah perisian ini?

Perisian Android PENJALA keluaran pertama ini adalah percuma. Anda tidak perlu membayar untuk melanggan perisian ini. Anda boleh memuat turun, menggunakan dan mengkongsikan kepada rakan, keluarga mahu gereja anda secara bebas.

  • Siapakah yang boleh menggunakan perisian ini?

Perisian ini HANYA boleh digunakan di kalangan orang Kristian sahaja.

  • Apakah jenis telefon yang boleh menggunakan perisian ini?

Perisian ini hanya boleh digunakan pada telefon jenis Android sahaja.

  • Bagaimana muat turun perisian ini?

Anda boleh muat turun perisian ini dengan dua cara:

a) Muat turun melalui komputer dan memasukan ke dalam telefon

b) Muat turun dengan menggunakan pengimbas “Bar scanner” seperti QR Droid.

  •  Bagaimana install perisian ini?

Muat turun perisian

Klik fail untuk install

Klik “Open” untuk membuka perisian

  • Perisian telah disekat “Install blocked. For security, your phone is set to block installation of applications not obtained from Android Market”

Klik “Setting”

Tanda “Unknow sources”  untuk membenarkan perisian ini diinstallkan.

  • Satu tingkap terbuka semasa membukan perisian buat pertama kali. “Please wait… Running this program for the first time! You may not see articles untill first successfully update. You can check progress at notification bar”

Amaran ini hanya akan kelihatan untuk pertama kali membuka perisian. Ini adalah pemberitahuan bahawa artikel sedang dimuat turun dari laman web. Biasanya 10 artikel terkini akan dipaparkan selepas muat turun selesai. Sila tekan “OK” untuk melanjutkannya.

  • Bar notis memberitahu “PENJALA: Feed…”

 Notis ini adalah pemberitahuan pengemaskinian artikel (Update ) dan memuatkan data terkini jika ada.

  • Bar notis memberitahu “PENJALA:Image…”

 Notis ini adalah pemberitahuan memuat turun imej artikel.

  • Bar notis seringkali kelihatan

Bar notis pengemaskinian dan muat turun hanya akan kelihatan selang 1 jam dalam mode talian internet atau hanya akan berfungsi apabila laman web mempunyai artikel baru.

  • Perlukan saya menyambungkan talian internet selepas pengemaskinian data?

Anda tidak memerlukan talian internet selepas pengemaskinian data. Anda hanya memerlukan talian tersebut untuk pengemaskinian secara automatik mahu secara manual.

  •  Iklan dibaris bawah paparan!

Iklan ini bukan disediakan oleh pihak Pentadbir Komuniti Rakan PENJALA. Ia adalah iklan dari sistem pembinaan aplikasi tersebut .

Share Button

Leave a Reply