Ulangtahun Ke 47

Tarikh : 17hb September 2005
Tempat : Gereja Holy Cross, Kuala Sapi
Masa : 07:00 malam

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan Salam dalam Nama Yesus Kristus dan Penyelamat kita. Selamat Datang ke Missi Holy Cross, Kuala Sapi.

Pada tahun ini sekali lagi kita merayakan hari Ulangtahun Gereja yang ke 47. Pada masa yang sama Archbishop Datuk Yong Ping Chung dan Datin Julia Yong melawat kita. Lawatan beliau kali ini berlainan sedikit. Lawatan ini merupakan lawatan perpisahannya sebagai Bishop kita kerana beliau akan bersara pada 20hb Februari 2006. Peristiwa yang menggembirakan ini berulam pula dengan perasaan sedih melahirkan suasana gembira dan suram. Tetapi di dalam Tuhan kita mengucap syukur dalam segala sesuatu. Untuk mengisi peristiwa ini kita telah menjemput Pastor Hilmy Nor dari Semananjung Malaysia untuk memimpin kita dalam KKR serta seminar yang berkisar pada tema "Mengenal Allah Yang Baik". Kita juga menjemput Paderi Johan Yeo dan rombongannya dari Rakan Gereja, COHS WP Labuan untuk membantu saya mengadakan seminar persiapan (15hb – 17hb Sept) Gereja Holy Nativity Nangoh menjadi MGD baru pada tahun 2006. Sekali lagi "Selamat Datang" dan kiranya Tuhan memberkati anda semua.

Lakaran Singkat

Archbishop Datuk Yong Ping Chung merupakan seorang paderi dan pemimpin gereja yang sudah tidak asing lagi bagi kita. Beliau bukan saja menjadi Bishop kita, malah beliau adalah pemimpin rohani tertinggi masyarkat Anglikan di Asia Tenggara. Beliau juga merupakan seorang tokoh rohani yang terbilang di persada gereja antarbangsa. Beliau akan bersara pada 20hb Februari 2006 menjelang genapnya usia beliau yang ke 65 tahun.

Sumbangan beliau kepada Diosis kita sangat jelas terselah dengan pertambahan seratus-peratus bilangan jemaat yang berbakti setiap minggu (1990 – 2000) melalui satu strategi yang dikenali sebagai M113 (setiap orang memuridkan satu orang dalam tempoh tiga tahun). Beliau juga merupakan seorang pemimpin gereja yang banyak menyumbangkan kepada pertambahan dan perkembangan gereja-gereja di kawasan Pedalaman Sabah khususnya dari segi penginjilan, latihan pemimpin gereja serta pertambahan pada paderi dari kawasan pedalaman. Menjelang persaraanya, Archbishop melawat seluruh Diosis Sabah. Pada hari ini, beliau melawat kita terakhir sebagai Bishop, bertempat di Gereja Holy Cross Kg. Kuala Sapi. Missi Holy Cross, Kuala Sapi dan jemaatnya serta semua hamba Tuhan yang berasal dari Missi Holy Cross mengambil peluang ini mengucapkan ribbuan terima kasih di atas sumbangan beliau. Tuhan memberkati.

Ven Canon Lidis Singkung

Paderi Penguasa Missi Holy Cross, Kuala Sapi

Share Button

Leave a Reply