Tidak Pernah Sendirian

Bacaan: Ibrani 13:5-6


“Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu.” (Ibrani 13:5)


Robin Crusoe, watak utama di dalam novel yang ditulis oleh Daniel Defoe, telah terkandas di suatu pulau yang tidak berpenghuni oleh sebab kapalnya karam. Hidup di sana susah, tetapi dia mendapat pengharapan dan penghiburan apabila dia datang kepada Firman Tuhan.


Crusoe berkata, “Pada suatu pagi, dengan amat sedih, saya membuka Alkitab pada kata-kata ini, `Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu.’ Dengan serta-merta saya menyedari bahawa kata-kata ini adalah untuk saya; apa lagi tujuan lain kecuali saat itu, ketika saya meratapi keadaan saya, seorang yang ditinggalkan oleh Tuhan dan manusia?”



“Baiklah,’ saya berkata, jika Tuhan tidak meninggalkan saya,…apa lagi yang disusahkan, meskipun seluruh dunia meninggalkan saya…? Sejak saat itu saya mula menyimpulkan dalam fikiran bahawa saya boleh lebih bersukacita dalam keadaan yang ditinggalkan dan sendirian ini berbanding keadaan saya di tempat lain di dunia; dan dengan fikiran ini saya akan bersyukur kepada Tuhan kerana membawa saya ke tempat ini.”


Pernahkah anda ditinggalkan oleh seorang teman, anak, isteri/suami? Tuhan sudahj berfirman, “Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu (Ibrani 13:5). Oleh itu, anda juga boleh berkata dengan yakin, “Tuhan Penolongku, aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan orang terhadap ak?” (ayat 6) – David Roper


Ketika di sekelilingku gelap gelita.


Dan kesukaan dunia terbang pergi,


Penyelamatku membisikan janji-Nya


Tidak akan pernah meninggalkan aku sendiri.


– Anon




Share Button

Tinggalkan Balasan