TANGAN TITIAN TUHAN

Pendahuluan

Semasa musim hujan melanda kawasan Penangah pada bulan Februari tahun 2006, lima buah jambatan roboh dan satu bahagian jalanraya runtuh. Kerosakan ini telah menimbulkan kekhuatiran kepada para penghuni beberapa buah kampong yang terlibat. Ramai yang khuatir tentang kekurangan bekalan makanan, diesel untuk bekalan letrik SESB, gas dapor dan banyak keperluan harian yang lain. SMK Penangah terpaksa diisytiharkan cuti darurat bermula 14hb Februari sehingga jalan dan jambatan diperbaiki kerana bekalan makanan sukar dihantar ke asrama sekolah yang dihadiri oleh lebih daripada 400 orang pelajar. Mulai pada malam 16hb Februari 2006, Janakuasa SESB Penangah telah kehabisan bekalan diesel dan terpaksa menunggu sehingga Penangah akan dapat dihubungkan dengan dunia luar melalui jalanraya yang diperbaiki pada masa yang masih menjadi tandatanya. Tiba-tiba himpunan kayu yang membentuk lima buah jambatan rosak dalam jarak kurang daripada dua kilometer, menjadi buah mulut baik di Penangah mahupun melalui akhbar tempatan (3 kali di Newsabahtimes dan 1 kali di Borneo Post). Apabila jambatan roboh, jalinan rosak.


Ini memperingatkan saya tentang tangan nabi Musa di dalam buku Keluaran yang bertindak seperti titian Tuhan untuk melakukan perkara-perkara yang ajaib. Sekurang-kurangnya ada empat peristiwa penting bilamana Tuhan memerintahkan agar Nabi Musa menghulurkan tangannya agar menjadi jambatan untuk Tuhan melakukan sesuatu yang di luar dugaan dan kemampuan Nabi Musa secara manusia.

I. Titian ke POTENSI, Keluaran 4:2-4

TUHAN bertanya kepada Musa, ”Apa itu di tanganmu?” Jawab Musa, ”Tongkat.”   Kata TUHAN, ”Lemparkan itu ke tanah.” Musa melemparkannya, lalu tongkat itu berubah menjadi ular dan Musa lari menjauhinya.  TUHAN berkata kepada Musa, ”Dekatilah ular itu, dan peganglah ekornya.” Musa mendekatinya dan menangkap ular itu yang segera berubah kembali menjadi tongkat dalam tangan Musa. (BIS)

Tongkat nabi Musa adalah tongkat seorang gembala yang biasa ketika berada dalam genggaman tangannya sendiri. Namun potensi tongkat itu untuk menjadi lebih daripada keterbatasannya ternyata menjadi kenyataan apabila tangan yang memegangnya rela untuk melepaskannya ke dalam tangan Tuhan sesuai dengan Firman Tuhan. Saya percaya bahawa Nabi Musa pernah melimparkan tongkat itu sebelumnya. Mungkin waktu gembala itu penat menjaga kawanan domba bapa mertuanya. Mungkin semasa dia merasa kecewa dengan kerenah domba-domba gembalaannya. Bagaimanapun, dia melakukan itu menurut kebiasaannya tanpa perintah Tuhan. Namun apabila Tuhan yang meminta Nabi Musa melemparkan tongkat yang biasa itu, perkara ajaib telah terjadi – tongkat yang mati menjadi ular yang hidup. Apa yang biasa menjadi luar biasa kerana ada tangan yang rela dihulurkan untuk menjadi titian potensi Tuhan.

II. Titian ke MUJIZAT, Keluaran 4:6-7

6 TUHAN berkata lagi kepada Musa, "Masukkanlah tanganmu ke dalam bajumu." Musa menurut, dan ketika ia menarik tangannya keluar, tangan itu putih sekali karena kena penyakit kulit yang menggerikan. 4.7 BIS Exodus 4.7 Lalu TUHAN berkata, "Masukkanlah tanganmu kembali ke dalam bajumu." Musa berbuat begitu, dan ketika ia mengeluarkannya lagi, tangan itu sudah sembuh (BIS)

Sama seperti mimpi tidak pernah lari daripada kita yang berada di dalamnya, demikian juga mujizat Tuhan seringkali melibatkan kita yang menjadi sasaran kebaikan Tuhan. Dalam petikan di atas, kita mendapati bahawa mujizat tidak sahaja berlaku kepada sesuatu yang terasing daripada tangan nabi Musa tetapi lebih daripada itu mujizat itu melibatkan tangannya sendiri. Tangannya mengalami penyakit kulit dan disembuhkan. Siapakah yang boleh menyangkal bahawa Tuhan boleh melakukan mujizat melalui tangan kita yang dihulurkan sesuai dengan perintah Tuhan.

III. Titian ke KUASA TUHAN, Keluaran 14:15, 26

21 Lalu Musa mengacungkan tangannya ke atas laut, dan TUHAN membuat angin timur bertiup dengan kencangnya sehingga air laut mundur. Sepanjang malam angin itu bertiup, dan mengubah laut menjadi tanah kering. 14.22 BIS Exodus 14.22 Air terbagi dua, dan waktu orang Israel menyeberangi laut, mereka berjalan di dasar yang kering, dan air di kanan kirinya merupakan tembok (BIS). Ã¢â‚¬

Ketika lebih daripada dua juta orang Israel terhimpit di antara lautan di hadapan dengan enam ratus askar berkuda yang terpilih daripada Mesir, tidak mengejutkan kalau seruan ketakutan tiba-tiba memenuhi ruang udara tepian Laut Tebarau. Maut sedang bersedia menelan mereka bersama sungutan yang membara terhadap pemimpin mereka, Nabi Musa. Nabi Musa hanya mengetahui satu jalan keluar daripada krisis maut itu iaitu berseru dan berharap kepada Tuhan yang menciptakan Laut Tebarau dan Dia yang telah memanggil umat Tuhan keluar daripada Mesir dengan tangan yang kuat.

Dengan menuruti arahan Tuhan, Nabi Musa menghulurkan tangannya yang biasa lalu Tuhan menyebabkan laut terbelah malahan dasarnya menjadi kering. Cukup kering untuk lebih daripada dua juta umat Israel berjalan ke seberang bersama keseronokan melihat air laut menjadi dinding yang indah di kiri dan kanan mereka. Tidak menghairankan apabila Nabi Musa dan seluruh orang Israel mengadakan pesta pujian kepada Tuhan selepas itu. Kuasa Tuhan dinyatakan melalui tangan nabi Musa yang dihulurkan.

IV. Titian ke KEMENANGAN, Keluaran 17:8-16

Penutup

Ada seorang guru baru di Sekolah Rendah yang sangat bertanggungjawab. Dia ingin pasti agar setiap anak murid dalam kelas mengerti pengajarannya. Pada suatu hari, guru ini meminta agar semua muridnya mengangkat tangan kanan. Semua murid dalam kelas itu mengangkat tangan kanan. Seterusnya guru ini meminta agar semua muridnya mengangkat tangan kiri. Sebagaimana yang dikehendaki oleh guru ini, setiap murid, kecuali satu, mengangkat tangan kiri. Seorang murid masih mengangkat tangan kanannya. Guru ini mengulang permintaannya sebanyak dua kali. Hal yang sama juga berlaku. Dalam keadaan yang hairan bercampur sedikit geram, guru ini mendekati murid yang ’hanya tahu mengangkat tangan kanan’ itu lalu meminta murid ini mengangkat tangan kanan dan kiri. Namun anak ini tetap mengangkat tangan kanannya sahaja. Selepas memeriksa keadaan fizikal anak muridnya itu, guru itu sangat tersentuh dalam kejutan kerana murid ini hanya memiliki tangan kanan. Tangan kirinya tidak ada. Setiap kali guru ini meminta agar tangan diangkat, anak ini bersedia menghulurkan tangannya walaupun itu sahaja tangan yang dia miliki.

Niat di hati nak peluk gunung apakan daya tangan tak sampai. Tangan kita hanya tangan yang biasa dan kemampuan kita amatlah terbatas. Tangan Nabi Musa juga adalah seperti itu. Namun tangan Pencipta tangan kita ini tidak pernah terbatas dalam mengasa potensi, melakukan mujizat, menunjukkan kuasa dan memberikan kemenangan. Apa yang Tuhan tuntut adalah hulurkan tangan mu dan Dia lakukan peranan-Nya melalui tangan kita. Tangan kita titian Tuhan!

11 Selama Musa mengangkat tangannya, orang Israel menang. Tetapi kalau Musa menurunkan tangannya, orang Amaleklah yang menang (BIS).

Kehidupan Kristian adalah suatu perjuangan. Kita tidak melawan darah dan daging. Kita terlibat di dalam peperangan rohani yang semakin sengit di akhir zaman. Doa adalah senjata rohani yang ampuh untuk terus selamat dalam konteks kehidupan yang kita sedang alami sekarang. Sama seperti Nabi Musa mengangkat tangannya untuk menyokong Yosua dalam perjuangannya, demikian juga kita perlu saling menyokong di antara satu dengan yang lain. Bermula pada tahun ini, kepimpinan Diosis adalah satu kepimpinan yang muda. Kita perlu lebih ramai umat Tuhan yang rela menghulurkan tangan di dalam doa bagi kepimpinan Diosis yang baru dalam semua peringkat. Kita tidak sahaja berdoa agar Tuhan mendengar seruan kita. Ada juga kemungkinan bahawa kita adalah jawaban Tuhan terhadap doa orang lain. Kita adalah gereja. Kemajuan rohani kita akan mendatangkan kesan positif terhadap kemajuan gereja secara langsung kerana apabila kita maju di dalam Tuhan, gereja-Nya juga maju. Aku Maju Sidang Maju! Tangan nabi Musa yang terangkat telah menjadi titian kemenangan umat Tuhan. Tangan anda yang terangkat bagi orang lain di dalam doa boleh menjadi titian kemenangan untuk kemuliaan Tuhan.

(BIS)BIS Exodus 4.3 BIS Exodus 4.3 Kata TUHAN, "Lemparkan itu ke tanah." Musa melemparkannya, lalu tongkat itu berubah menjadi ular dan Musa lari menjauhinya. 4.4 BIS Exodus 4.4 TUHAN berkata kepada Musa, "Dekatilah ular itu, dan peganglah ekornya." Musa mendekatinya dan menangkap ular itu yang segera berubah kembali menjadi tongkat dalam tangan Musa.

Share Button

Leave a Reply