Tahun Pertanggungjawab

Saya mengisytiharkan tahun ini sebagai Tahun Pertanggungjawab kerana tanpa pertanggungjawab yang jelas, kita tidak akan dapat memiliki satu dasar pertumbuhan yang kuat dalam gereja kita. Ada yang merasa bahawa ini adalah tema yang negatif, tetapi saya mahu setiap orang melihat perkara ini sebagai satu hal yang positif kerana pertanggungjawab adalah asas kepimpinan yang baik. Tanpa asas yang teguh ini, apapun pertumbuhan yang kita ada tidak akan dapat bertahan. Dengan membina satu asa yang baik dan kuat, maka kita mampu naik lebih tinggi dan bertumbuh lebih jauh dari tempat kita sekarang. Yes 33:5-6 TUHAN tinggi luhur, sebab Ia tinggal di tempat tinggi; Ia membuat Sion penuh keadilan dan kebenaran. Masa keamanan akan tiba bagimu; kekayaan yang menyelamatkan ialah hikmat dan pengetahuan; takut akan TUHAN, itulah harta benda Sion.

Saya mendorong setiap kita dan gereja-gereja untuk bergerak maju dalam kedewasaan. Satu daripada tanda kedewasaan adalah dapat mengambil satu tanggungjawab dan bekerja melalui kesukaran-kesukaran yang kita hadapi. Berusaha mengatasi masalah kita dan bukannya membiarkan masalah ini tanpa penyelesaian. Allah memanggil kita untuk lebih daripada penakluk-penakluk. Oleh itu, kita harus memainkan peranan untuk membina gereja-gereja kita untuk menjadi gereja-gereja tempatan yang kuat, bersinar terang untuk Tuhan di manapun kita berada. Pernyataan visi kita adalah: Membina gereja-gereja tempatan yang kuat di seluruh Sabah dan bersungguh-sungguh dalam ibadah, berkuasa dalam berkhutbah, penuh belas kasihan dalam penggembalaan dan efektif dalam penginjilan. Saya harap penempatan baru dan strategi pengagihan semua Paderi, pastor dan penginjil akan menolong memenuhi visi ini, baik gereja-gereja kita di bandar demikian juga di pedalaman. Saya menyeru kepada semua anggota kita untuk berdoa, memberi dan menggunakan kurnia-kurnia rohani kita dengan aktif untuk membina gereja-gereja anda masing-masing di manapun anda berada. Berdoa juga untuk saya supaya saya dikurniakan hikmat, anugerah dan kuasa untuk memimpin Diosis maju ke hadapan.

Oleh Archdeakon Albert Vun (Bishop Dilantik)

Buletin Diosis Feb 2006

Share Button

Leave a Reply