Siap Berperang? Yosua 5

Yerikho dilihat sebagai halangan pertama bagi Israel, meskipun Yosua 5:1. Halangan mereka sebenarnya adalah hidup mereka. Mereka harus menyelesaikan sesuatu dalam kehidupan mereka sebelum dapat menduduki tanah perjanjian.

1.     Mereka Harus Disunat (ay 2-9)

Dalam PL (Kej 17:9-27)

  • Tanda perjanjian antara Allah dengan Abraham
  • Tanda ketaatan kepada perjanjian
  • Tanda sebagai anak Abraham dan hamba Tuhan

Dalam PB (Rom 2:29)

  • Sunat di dalam hati secara rohani
  • Manusia berada dibawah perjanjian yang baru dalam Kristus

Generasi baru ini harus disunatkan sebagai tanda milik Tuhan. Mereka adalah umat Tuhan dan Tuhan adalah Allah mereka.

2.     Mereka Harus Merayakan Paskah (ay 10-12)

Dalam PL (Kel 12)

  • Tanda penyelamatan Tuhan dari perhambaan Mesir (Kel 12:13)
  • Darah anak domba sebagai tanda

Dalam PB

  • Tanda penyelamatan Tuhan dari perhambaan dosa (Yoh 1:29)
  • Yesus adalah anak domba (1 Kor 5:7b)

Generasi baru ini harus merayakan Paskah sebagai memperingati karya Penyelamatan Tuhan. Tuhan yang menyelamatkan mereka.

3.     Mereka Harus Merancangan Strategi (ay 13-15)

A.     Tuhan yang memimpin atau berperang (ay 14)
B.     Tuhan yang menyediakan strategi peperangan (Yosua 6:1-5)

Generasi baru ini harus tahu bahawa Tuhanlah yang memimpin mereka dalam penaklukan tanah Perjanjian ini dan bukan bergantung kepada diri sendiri.

Penutup:
Kita tidak bersendirian dalam peperangan/pergumulan. Masih ada Tuhan!

Perbincangan:
1. Bagaimana saudara mengatasi halangan di dalam diri sendiri?
2. Tanah Perjanjian melambangkan syurga. Bagaimana saudara memiliki keyakinan masuk ke syurga?
3. Apakah pelajaran baru yang anda pelajari minggu ini?

Share Button

Leave a Reply