Komen Ahli

  • header1.jpg
  • header2.jpg
  • header3.jpg
  • header4.jpg
  • header5.jpg
  • header6.jpg
  • header7.jpg
  • header8.jpg
  • header91.jpg

Satu Iman Satu Tujuan - PGKS

Cetak
PDF

Persekutuan Guru Kristian SabahSegala hormat dan kemuliaan diberikan kepada Tuhan Yesus Kristus kerana rencanaNya sehingga PGKS wujud di bumi Sabah dan kini melangkah ke era baru iaitu dengan memiliki blog sendiri sebagai wadah interaktif dengan para ahli, guru-guru seiman, pemimpin gereja, pelajar Kristian dan semua organisasi Kristian. Sebagai pembuka bicara, dipaparkan sejarah sepintas lalu tentang kewujudan dan perkembangan PGKS.

 

Semuanya bermula dari visi yang Tuhan berikan kepada Puan Leong Tuan Ghee selaku setiausaha agung Scripture Union Sabah untuk memikirkan bahawa perlunya guru-guru Kristian di Sabah dikumpulkan. Pada 14-17 Nov 1994, Scripture Union Sabah dengan persetujuan Majlis Gereja-Gereja Sabah telah menganjurkan Retret Guru-Guru Kristian Sabah. Retret ini dihadiri sekitar 60 orang guru dari seluruh Sabah, pelbagai kaum dan denominasi. Pengkotbah utama pada masa itu ialah Rev.Fred David dan Yapin Gimpoton sementara dirasmikan oleh Datuk Arun Selutan selaku Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah pada waktu itu. Retret yang berlangsung selama 3 malam itu telah dilawat Tuhan dengan ajaib. Roh Tuhan telah menyentuh hati semua peserta. Semua guru diperhadapkan dengan makna panggilan sebenar dan pelayanan di ladang yang sangat besar. Akhirnya dengan tangisan penyerahan hidup yang total, semua guru benar-benar merasakan betapa perlunya sebuah organisasi ditubuhkan. Pada hari terakhir Persekutuan Guru-Guru Kristian Sabah (PGKS) ditubuhkan dengan terbentuk majlis penaja pada waktu itu yang dipengerusikan oleh Cikgu Saun Angkut dari SIB (sekarang beliau bertugas di Miri)

Masa berlalu dengan pantas. Pada Januari 1995, MGGS meluluskan permohonan PGKS untuk menjadi Komiti Berfungsi di bawah MGGS. Justeru pada Mei 1995, Retret PGKS dianjurkan sekali lagi bagi keperluan mengadakan Mesyuarat Agung. Dalam pemilihan tersebut komiti rasmi dibentuk dan sekali lagi saudara Saun dipilih sebagai pengerusi. Bermula dari itu, beberapa siri retret diadakan khususnya bertujuan pemantapan organisasi misalnya merangka perlembagaan, penstrukturan pentadbiran, pengurusan kewangan dan sebagainya.

Pada tahun 1997, PGKS mengadakan konvensyen yang pertama di mana PGKS Pitas menjadi tuan rumah. Pada pemilihan tersebut, En.Maklin Masiau dipilih sebagai pengerusi PGKS Sabah (sehingga sekarang). Sejak itu PGKS terus berkembang dan wujud cawangan di Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Kinabalu, Penampang, Keningau, Nabawan, Ranau, Sandakan, Tuaran dan tempat lain. Berpuluh siri kem untuk pelajar telah dianjurkan di serata Sabah, perjumpaan pengetua dan sebagainya. PGKS juga mula melebarkan pelayanan dalam Tabung Pendidikan PGKS-SU. Kini PGKS menumpukan kepada pelayanan Tunas Misi, Kem Sahabat, Kem IPT, Joy Centre, Perkampungan, Lawatan dan aktiviti lain.

Kini PGKS menjangkau usia 15 tahun wujud di Sabah. Banyak sekali tanggungjawab yang Tuhan percayakan kepada PGKS. Dengan kemampuan masa, tenaga dan wang yang terhad, PGKS terus melangkah memenuhi amanat AgungNya melalui motto Satu Iman Satu Tujuan.

 

Laman web : http://pgks-su.blogspot.com

 

 

Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Panel Ahli




Hilang Katanama/Katalaluan?
Belum menjadi ahli? Daftar
299 berdaftar
0 hari ini
1 minggu ini
24 bulan ini
Terkini: esther

Terakhir Online

 Evg Jachin Lau
 Jeanny
 HaRrYdI
 Lydear
 HAIRY LAWISAN
 Alice Arminah Aik
 Jackson Mantanau
 Rocky M. Voo
 Lerry Juani
 stefanus
 RiaResty Inda
 Hezron
 jane
 veen
 Caroline B. South
 Rev Canon Lidis Singkung
 Lydia Ng
 Sargic Paetan
 Peter Haryson Nianti
 kencie
 wala
 wayne
 Ezria
 Alex
 Marneyluis Moonye
 Hendrick Linggi Allo
 SIM KA VEI
 Mar
 Fenny Awang
 Penjala
 Jasnin Amat
 Julivia Siew Lee Lee
 Redvin..89
 Wallcon Walter
 jepsykah jp
 jufinus
 Lea Mathius
 Liana Amanda Mathius
 kathy kitz
 sufinah
Tiada ahli online
Guests: 3

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini122
mod_vvisit_counterKelmarin214
mod_vvisit_counterMinggu ini994
mod_vvisit_counterBulan ini1983
mod_vvisit_counterJumlah1382999

Info Umum

IP Anda
38.107.191.90