Retret Penginjil Diosis Sabah

Retret Penginjil Diosis Sabah telah berlangsung pada 20hb – 24hb Jun yang lalu bertempat di Wisma Anglikan Sabah. Seramai 29 orang penginjil dari luar bandar dan dalam bandar dijemput untuk menghadiri retret, yang diadakan hanya dua tahun sekali ini. Tema retret pada kali ini adalah "Kebangkitan Agama Besar di Malaysia: Isu dan Strategi untuk Misi dan Penginjilan di Sabah.

Tujuan retret ini adalah:

  • Mendedahkan para Penginjil kepada isu semasa iaitu Kebangkitan Agama Besar di Malaysia yang mungkin memperngaruhi pelayanan di peringkat akar umbi, dalam lingkungan jemaat BM, masyarakat umum di Sabah dan khususnya dalam arena Misi dan Penginjilan (Penjangkauan).
  • Memahami dan bertindak balas terhadap isu dan strategi untuk maksud menguatkan program pastoral dan penjangkaun mereka iaitu Misi dan Penginjilan.

Share Button

Leave a Reply