Radio Online PENJALA “Aku, DIA & Sabda-Nya”

LOGO KOMUNITI RAKAN PENJALA 1Bermula pada bulan ogos ini, Pihak Pentadbiran Radio Online PENJALA akan menyiarkan khutbah-khutbah pendek oleh Pdt Dr. Rahmiati Tanudjaja. Setiap khutbah akan bersiaran selama 30 minit, disertai dengan lagu-lagu pujian yang mendukung isi khutbah dan bersiaran tanpa henti-henti. Saudara boleh melayari sesawang ini untuk mendengar siaran Radio Online PENJALA di https://www.penjala.org

Program ini pada asalnya dirancang untuk mengisi program radio “AKU, DIA DAN SABDA-NYA.” Untuk maklumat lanjut saudara boleh melayari laman sesawang berikut http://www.rahmiati.org/

Pada setakat ini, kami baru sahaja memuat naik sebanyak 68 buah khutbah ke server Radio Online PENJALA. Kami akan mengemaskinikan senarai ini dari semasa ke semasa.

Kiranya ia menjadi berkat bagi kita semua.

Share Button

Leave a Reply