Pedoman Harian & Siri Bimbingan 2008

*Atas kebenaran Pihak Discovery House Distributors Sdn. Bhd ( 04hb Mac 2008)

Kepada Saudara Dan Saudari Yang Dikasihi,

Terima kasih atas sokongan para pembaca!
 
Kami bersyukur kepada Tuhan kerana sambutan hangat oleh para pembaca terhadap bacaan renungan  Pedoman Harian Jilid 1 (Januari-Jun 2008). Sukacita kami maklumkan bahawa kesemua Pedoman Harian Jilid 1 tahun 2008 telah habis dijual. Puji Tuhan!
 
Kami ingin menggalakkan anda supaya terus membuat pesanan bagi Pedoman Harian Jilid 2 (Julai-Disember 2008), pembacaan Alkitab dengan huraian berbentuk renungan. Selain itu, kami juga menerbitkan 6 tajuk Siri Bimbingan yang terbaru. Ia adalah bahan yang merangkumi beberapa aspek kehidupan orang Kristian dan bersaiz kecil.

Jangan melepaskan peluang keemasan ini kerana segala bahan kami dihasilkan dengan harga subsidi dan stok kami adalah terhad. Maka, sila rujuk kepada borang pesanan yang disertakan. Anda juga digalakkan supaya memperkenalkan bahan ini kepada rakan anda.
 
Semoga anda selalu mengalami pekerjaan Penasihat A jaib, [Tuhan] yang Perkasa, Bapa yang Kekal dan Raja Damai (Yesaya 9.6) yang menakjubkan setiap hari.

Salam kasih daripada Discovery House Distributors Sdn. Bhd.
(Terbitan Untuk Orang Kristian)

 
Sila klik Baca Lagi untuk mengetahui cara membuat pesanan.
 

Sila KLIK DI SINI untuk muat turun borang pesanan. Pastikan anda adalah ahli berdaftar. Sila mendaftar terlebih dahulu jika anda belum berbuat demikian. Isikan dan kirimkan kepada pihak Discovery House Distributors Sdn. Bhd seperti yang tercatat pada borang pesanan tersebut. Kiranya ia menjadi berkat kepada semua orang.

Share Button

Leave a Reply