Panggilan Yeremia

PETIKAN           : Yeremia 1:1-10

I.           Siapakah Yeremia? (1-3)

a.      Anak kepada Hilkia seorang imam dari kota Anatot
b.      Seorang nabi – penyambung lidah Allah
c.       Hidup sekitar akhir abad ke 7 dan awal abad 6 SM
d.      Tuhan berfirman kepadanya bermula pada tahun ke-13 pemerintahan Raja Yosia Putera Raja Amon di Yehuda

II.         Pergumulan Yeremia (6)

a.      ”Aku tidak pandai bercakap”
b.      ”Aku masih terlalu muda”

III.       Apakah Kata Allah?

a.      ”…Aku sudah memilih dan melantik engkau…” (ay 5)
b.      ”Jangan berkata bahawa engkau masih terlalu muda.” (7)
c.       ”Pergilah…dan beritahulah…” (7b)
d.      ”Jangan takut…” (8)
e.      ”…Aku menyertai engkau… (8)
f.       ”Aku, TUHAN telah berfirman!” (8b)
g.      ”Dengarlah…Aku memberi engkau firman-Ku…” (9)
h.      ”Pada hari ini Aku memberi engkau kuasa… (10)

Allah ingin memanggil semua generasi untuk melayani-Nya. Setiap panggilan, ia disertai dengan janji penyertaan-Nya. Oleh itu, kita tidak perlu risau apa yang akan terjadi pada masa kini maupun pada masa akan datang sebab Allah selalu menyertai kita. Janji-Nya tidak pernah dan tidak akan berubah selama-lamanya. Persoalannya ”Adakah kita setia kepada panggilan Allah?”

PERBINCANGAN

1.      Adakah Allah hanya memanggil orang tertentu sahaja untuk melayani-Nya? Kongsikan pandangan anda.
2.      Apakah segi dalam hidup anda boleh disumbangkan kepada pelayanan gereja? Kongsikan.
3.      Bagaimanakah kita boleh mengembangkan kesetiaan terhadap panggilan Allah?

Share Button

Tinggalkan Balasan