Pakatan Selatan Global

Penglibatan Pakatan Selatan Global dalam Persekutuan Anglikan

Provinsi Asia Tenggara memainkan peranan kepimpinan yang penting dalam hidup, iman dan misi Persekutuan Anglikan di seluruh dunia melalui Pakatan Selatan Global. Pakatan Selatan Global adalah satu pakatan rasmi sebahagian umat Gabungan Anglikan bukan-Barat untuk berkonsultasi bersama mengenai cabaran misinya yang jelas dan kontekstual.

Pakatan Selatan Global bertemu buat pertama kalinya pada Pertemuan Selatan ke Selatan 1, di Limuru, Kenya pada 1994. Pertemuan 2 diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 1997. Pertemuan 3 diadakan di Ain El-Sukhna, Mesir, pada 25-30 Oktober 2005 bertema: "Gereja Yang Satu, Katolik Kudus & Rasuli: Menjadi Gereja yang Setia Untuk Satu Masa Seperti Ini".

Sokongan dan kepimpinan yang konsisten daripada Ketua Bishop yang pertama dan kedua, iaitu Archbishop Moses Tay dan Archbishop Yong Ping Chung, telah menguatkan lagi suara kepimpinan Pakatan Selatan Global.

Pakatan Selatan Global membincangkan isu-isu yang mempengaruhi kesatuan Persekutuan kita dari sudut Alkitab dan evangelikal seperti isu homoseksual dan perkahwinan sejenis Sebagai contoh, Pertemuan Selatan ke Selatan 2 yang dianjurkan oleh Provinsi Asia Tenggara telah mengeluarkan Kenyataan Kuala Lumpur mengenai seksualiti manusia, yang mana telah memberikan pimpinan jelas kepada para Bishop yang menghadiri Konferensi Lambeth 1998.

Tahun-tahun 2000 & 2001 telah menguji ketahanan Provinsi kita yang masih muda ini. Kedua-dua Archbishop Tay pada 2000 and Archbishop Yong pada 2001 yakin bahawa adalah benar dan menjadi tugas mereka sebagai Ketua Bishop Provinsi yang sah dan rasuli untuk terlibat mentahbiskan Bishop Misionari Amerika untuk membela iman yang diturunkan sekali dan memberikan pertolongan tambahan kepada keperluan penggembalaan umat Anglikan yang ortodok di seluruh Persekutuan, semua ini lahir daripada keyakinan yang kukoh dari kedua pemimpin tersebut.

Selain daripada isu-isu yang kontroversial, para pemimpin Pakatan Selatan Global juga mendorong perkongsian di kalangan Provinsi dalam hal pemikiran teologia dan pendidikan, misi dan tindakan sosial. Provinsi kita memainkan kepimpinan dan sokongan yang penting dalam Pertemuan Selatan ke Selatan 3. Bishop John Chew menyandang jawatan Setiausaha kepada satu sesi bertajuk "Gereja sebagai Satu" (The Church as One). Dokumen Kenyataan Trumpet Ketiga (The Third Trumpet Communique)* yang dihasilkan daripada pertemuan ini merupakan satu kenyataan mengenai identiti dan misi Gereja Anglikan yang jelas, positif dan menepati masa.

Provinsi Asia Tenggara akan terus memainkan peranannya dalam mengekal kesatuan dan wibawa iman dan misi menjadi sebahagian daripada Gereja Yesus Kristus yang Satu, Kudus, Katolik dan Rasuli.

Kenyataan Kuala Lumpur, Kenyataan Trumpet Ketiga dan artikel-artikel yang berkaitan boleh dilayari di: www.globalsouthanglican.org

Share Button

Leave a Reply