Kasih Yang Benar Akan Bertindak

Alkitab menyatakan bahawa Allah adalah kasih. Perhubungan di antara Allah dan manusia dicirikan oleh kasih-Nya yang berapi-api. Allah mengasihi umat-Nya dengan perasaan cemburu sehingga Dia melepaskan mereka dari perhambaan dan penindasan, Dia melindungi mereka dari musuh-musuh mereka, Dia membekalkan makanan apabila mereka lapar dan air apabila mereka haus, dan Dia memberikan kemenangan ke atas musuh-musuhnya yang kuat, berkali-kali. Namun apabila di tengah-tengah ini semua, mereka berpaling daripada-Nya, Dia menawan mereka kami dengan kasih-Nya yang tak terputus-putus.

 

Sepanjang sejarah; Allah kelihatan sebagai kekasih yang telah ditolak oleh manusia. Namun tidak ada kasih yang lebih besar daripada kasih Allah bagi orang-orang berdosa yang telah menyimpang. Di muka kegagalan, penolakan, penyangkalan, kemarahan dan pengkhianatan, Allah dalam kasih-Nya yang tak terputus-putus mencari dan menyelamatkan domba-domba yang hilang dan sesat. Dialah bapa yang menantikan kepulangan anaknya yang telah menyimpang ke rumah supaya Dia dapat merayakan kepulangan anaknya.

Continue reading

Share Button

Kuasa Pertaubatan

Petikan: Yunus 3 & 4

Pendahuluan

Yunus menerima firman dari Tuhan sekali lagi… dan kali ini dia mentaati Tuhan – tetapi mungkin bukan dari dalam hatinya. Tetapi dia mengisytiharkan mesej Tuhan yang membawa kesan yang hebat.

Yunus 3:1-3 Datanglah firman TUHAN kepada Yunus untuk kedua kalinya, demikian: “Bangunlah, pergilah ke Niniwe, kota yang besar itu, dan sampaikanlah kepadanya seruan yang Kufirmankan kepadamu”. Bersiaplah Yunus, lalu pergi ke Niniwe, sesuai dengan firman Allah. Niniwe adalah sebuah kota yang mengagumkan besarnya, tiga hari perjalanan luasnya.

Continue reading

Share Button

Tidak Pernah Sendirian

Bacaan: Ibrani 13:5-6

“Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu.” (Ibrani 13:5)

Robin Crusoe, watak utama di dalam novel yang ditulis oleh Daniel Defoe, telah terkandas di suatu pulau yang tidak berpenghuni oleh sebab kapalnya karam. Hidup di sana susah, tetapi dia mendapat pengharapan dan penghiburan apabila dia datang kepada Firman Tuhan.

Crusoe berkata, “Pada suatu pagi, dengan amat sedih, saya membuka Alkitab pada kata-kata ini, `Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu.’ Dengan serta-merta saya menyedari bahawa kata-kata ini adalah untuk saya; apa lagi tujuan lain kecuali saat itu, ketika saya meratapi keadaan saya, seorang yang ditinggalkan oleh Tuhan dan manusia?”

Continue reading

Share Button