Komen Ahli

  • header1.jpg
  • header2.jpg
  • header3.jpg
  • header4.jpg
  • header5.jpg
  • header6.jpg
  • header7.jpg
  • header8.jpg
  • header91.jpg

Natal & Pemberian Allah

Cetak
PDF

Krismas adalah perayaan bagi kelahiran Yesus Kristus, Anak Allah. Ketika Yesus lahir, satu malaikat membuat pengumuman berikut:

“Janganlah takut! Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan mengembirakan semua orang. Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan.”
Lukas 2:10-11

Sebagaimana yang dicatat oleh Matius, seorang daripada pengikut Yesus yang mula-mula, kelahiran itu berlaku seperti berikut:

Inilah kisah kelahiran Yesus Kristus. Ibu-Nya, Maria bertunang dengan Yusuf. Tetapi sebelum mereka berkahwin, Maria sudah mengandung kerana kuasa Roh Allah. Yusuf seorang yang taat kepada hukum agama, tetapi dia tidak mahu mempermalukan Maria di hadapan umum. Oleh itu Yusuf berniat memutuskan pertunangan itu secara diam-diam.

Yusuf mempertimbangan perkara itu. Kemudian dalam mimpi, malaikat Tuhan menampakan diri kepadanya. Malaikat itu berkata, “Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut memperisterikan Maria. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah. Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.”

Semuanya itu berlaku supaya terjadinya apa yang difirmankan oleh Tuhan melalui nabi-Nya, “seorang anak dara akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu akan dinamakan Imanuel.: (Dalam bahasa Ibrani, Imanuel bererti “Allah menyertai kita”)

Apabila Yususf terjaga, dia melakukan apa yang dikatakan oleh malaikat Tuhan itu. Dia berkahwin dengan Maria. Tetapi Yusuf tidak bersetiduran dengan Maria sehingga Maria melahirkan anak lelakinya. Yusuf menamakan anak itu Yesus.
Matius 1:18-25

Rasul Paulus menunjukkan kepentingan kedatangan Yesus ke dalam dunia.

Sebenarnya Dia Ilahi, tetapi Dia tidak mengangap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya. SebalikNya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti seorang hamba. Dia datang sebagai manusia, dan hidup sebagai manusia. Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati – iaitu mati di atas salib.
Filipi 2:6-8


Kedatangan Yesus Kristus adalah pemberian Tuhan yang terbaik kepada manusia.

Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak akan binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.
Roma 6:23

Semasa meminta air daripada seorang perempuan Samaria, Yesus merujuk kepada diri-Nya sebagai pemberian daripada Tuhan.

Yesus menjawab, “Jika kamu tahu akan pemberian Allah, dan siapa yang meminta minum daripadamu, tentu kamu akan meminta minum daripada-Nya, lalu Dia akan mengurniakan air yang memberi hidup kepadamu.”
Yohanes 4:10


Semoga anda kembali kepada kasih Tuhan pada hari Krismas ini dengan merayakan serta menyambut pemberian-Nya yang terbaik. Semoga Krismas anda benar-benar diberkati!

Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Radio FM Rakan Penjala
Status: PenjalaFM
Sedang Bersiaran
Bersama:
Adelia Lukmana - Melangkah BersamaMu - Hidup BersamaMu

Panel Ahli




Hilang Katanama/Katalaluan?
Belum menjadi ahli? Daftar
299 berdaftar
0 hari ini
1 minggu ini
24 bulan ini
Terkini: esther

Terakhir Online

 HaRrYdI
 Lydear
 Evg Jachin Lau
 HAIRY LAWISAN
 Alice Arminah Aik
 Jackson Mantanau
 Rocky M. Voo
 Lerry Juani
 stefanus
 RiaResty Inda
 Jeanny
 Hezron
 jane
 veen
 Caroline B. South
 Rev Canon Lidis Singkung
 Lydia Ng
 Sargic Paetan
 Peter Haryson Nianti
 kencie
 wala
 wayne
 Ezria
 Alex
 Marneyluis Moonye
 Hendrick Linggi Allo
 SIM KA VEI
 Mar
 Fenny Awang
 Penjala
 Jasnin Amat
 Julivia Siew Lee Lee
 Redvin..89
 Wallcon Walter
 jepsykah jp
 jufinus
 Lea Mathius
 Liana Amanda Mathius
 kathy kitz
 sufinah
Tiada ahli online
Guests: 5

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini100
mod_vvisit_counterKelmarin225
mod_vvisit_counterMinggu ini325
mod_vvisit_counterBulan ini1314
mod_vvisit_counterJumlah1382331

Info Umum

IP Anda
38.107.191.93