Minggu Salib: Menjauhi atau Mendekati Kristus

salibLukas 23:39-43

39 Seorang dari penjahat yang di gantung itu menghujat Dia, katanya: “Bukankah Engkau adalah Kristus? Selamatkanlah diri-Mu dan kami!” 40 Tetapi yang seorang menegor dia, katanya: “Tidakkah engkau takut, juga tidak kepada Allah, sedang engkau menerima hukuman yang sama? 41 Kita memang selayaknya dihukum, sebab kita menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan kita, tetapi orang ini tidak berbuat sesuatu yang salah.” 42 Lalu ia berkata: “Yesus, ingatlah akan aku, apabila Engkau datang sebagai Raja.” 43 Kata Yesus kepadanya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya hari ini juga engkau akan ada bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus.”

Pendahuluan
Minggu ini adalah minggu salib. Apa fikiran kita ketika menerima daun salib nanti? Dalam petikan ini ada tiga orang didekatkan kepada satu sama lain masing-masing di atas salib sendiri. Yesus berada di tengah-tengah mereka. Kesan Salib itu: Yang satu dijauhkan dari Yesus manakala yang satu lagi didekatkan kepada-Nya. Jangan sia-siakan dekatnya Yesus.

1 Kesan salib pada penjahat pertama: dijauhkan/dijahatkan, 39

Bukankah kamu Penyelamat yang diutus oleh Allah? Selamatkanlah dirimu sendiri dan juga kami

  • Kerana salib dia menghujat Yesus: sambil meminta keselamatan dunia bukan akhirat.
  • Jika dia meminta keselamatan akhirat Yesus pasti sudah memberikannya; dia yang tidak meminta keselamatan akhirat, tidak mendapatkannya
  • Kerana salib itu dia dijauhkan dari syurga, mengapa mesti begitu?

2 Kesan salib pada penjahat kedua: didekatkan/dibaikkan, 40

Tidakkah kamu takut akan Allah? Kita semua sudah dihukum mati. Hukuman kita berdua setimpal dengan perbuatan kita, tetapi orang ini tidak bersalah! …Ya Yesus, ingatlah akan saya, apabila Tuhan menjadi Raja!

  • Kerana salib dia beriman, dia sempat menegur rakan sejahatnya yang salah meminta, dia menghujat Yesus pula.
  • Dia hanya meminta diingati di Firdaus apabila Yesus menjadi Raja; tetapi Yesus memberikan dia Firdaus, keselamatan akhirat
  • Kerana salib itu dia didekatkan kepada syurga, bukankah begitu?

Penutup
Percayalah pada hari ini kamu akan bersama-sama Aku di Firdaus (Yoh 3:16; Rom 10:13)
Langkah rahmat ini membuka pintu kerajaan sorga kepada semua orang yang bertaubat, di saat-saat akhir sekalipun. Jangan putus asa. Jangan keraskan hati. Yesus begitu dekat dengan semua orang yang mencari Dia. Jangan sia-siakan dekat-Nya. Maz 95:7-8

Share Button

Leave a Reply