Merasa Kehilangan

Pengenalan

Negara kita sedang melalui salah satu waktu yang sukar dalam sejarah kerana penularan wabak Corona Virus yang juga dikenal sebagai Covid-19. Kepimpinan negara telah mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18hb – 31hb Mac 2020 sebagai sebahagian daripada langkah- langkah untuk mengawal dan meminimakan penularan wabak ini daripada berterusan. Terima kasih kepada semua doktor, jururawat, kakitangan perubatan yang rela bertarung di barisan hadapan demi kepentingan semua. Tuhan memberkati anda semua!

Atas dasar ketaatan kepada pihak berwajib, minggu ini adalah minggu kedua kita tidak mengadakan Kebaktian Ahad dan juga mana-mana aktiviti mingguan seperti yang biasa kita lakukan. Berbagai reaksi kami terima daripada berbagai pihak khususnya dikalangan jemaat. Pada minggu yang lalu 11 orang daripada hampir 2000 orang hadir setiap minggu masih datang ke gereja. Ada yang membuat panggilan telefon dan mengatakan, ‘Saya merasa kehilangan sesuatu yang bernilai pada minggu ini’

Dalam keadaan begini, apakah yang sepatutnya menjadi kerinduan hati kita?

  • MERINDUKAN TUHAN

Mazmur 42:1-2, Seperti rusa yang merindukan sungai yang berair, demikianlah jiwaku merindukan Engkau, ya Allah. Jiwaku haus kepada Allah, kepada Allah yang hidup.
Mazmur 121:1, Aku melayangkan mataku ke gunung-gunung; dari manakah akan datang pertolonganku? (2) Pertolonganku ialah dari TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi.

“You have made us for yourself, O Lord, and our heart is restless until it rests in you.” St Augustine of Hippo

  • MERINDUKAN GEREJA

Ibrani 10:24-25, (24) Dan marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik. (25) Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat.
Matius 18:19-20, (19) Dan lagi Aku berkata kepadamu: Jika dua orang dari padamu di dunia ini sepakat meminta apapun juga, permintaan mereka itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku yang di sorga. (20) Sebab di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam Nama-Ku, di situ Aku ada di tengah-tengah mereka.”

‘You only realise the importance of someone when they are gone’ Do you miss church and your fellow believers, the church?

  • MERINDUI SESAMA

Filipi 2:3-4, (3) dengan tidak mencari kepentingan sendiri atau puji-pujian yang sia-sia. Sebaliknya hendaklah dengan rendah hati yang seorang menganggap yang lain lebih utama dari pada dirinya sendiri; (4) dan janganlah tiap-tiap orang hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.

Cara terbaik untuk menjaga kepentingan sesama kita adalah menjaga diri kita sendiri sesuai dengan nasihat dan panduan daripada pihak yang berwajib.

Penutup

Salah satu langkah pencegahan penularan wabak ini ialah membasuh tangan kita dengan betul. Pada hari ini, apabila kita membasuh tangan kita dengan betul, secara tidak langsung kita menyelamatkan kita dan ramai orang. Tetapi 2000 tahun yang lalu, apabila Pontius Pilatus membasuh tangannya, SATU Peribadi mati sebagai Penyelamat umat manusia.

Share Button

Leave a Reply