Memulai Hidup Baru Di Dalam Kristus

Petikan :

Pendahuluan
Setiap Kristian harus mempunyai keyakinan bahawa satu perhubungan yang benar wujud antara dirinya dengan Tuhan. Tanpa keyakinan ini adalah mustahil bagi seseorang untuk mengalami kehidupan baru di dalam Kristus. Saudara tidak menjadi seorang Kristian dengan mengamalkan cara hidup yang baik atau kerana dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kristian. Perkataan “Kristian” bererti “Kristus berada di dalam hidup seseorang” – Kristus hidup di dalam diri saudara. Firman Tuhan memberitahu kita bahawa banyak perkara yang berlaku apabila Kristus hidup di dalam diri saudara.

I.      Perhubungan Yang Baru

  • Menjadi anak-anak Allah (Yoh 1:12)
  • Keselamatan kerana rahmat Tuhan (Efe 2:8-9)
  • Pengampunan yang kekal (Kol 1:13-14)
  • Penyertaan yang kekal (Ibr13:5)

II.     Kehidupan Yang Baru (1 Yoh 5:11-13)

  • Di dalam Yesus Kritus (ayat 11)
  • Hidup yang kekal (ayat 13)
  • Dasarnya (ayat 13)

III.    Pengalaman Yang Baru

  • Menjadi ciptaan baru (2 Kor 5:17)
  • “…tiada yang dapat memisahkan…” (Rom 8:38-39)
    “…tiada yang dapat merampas…”

Kunci mengalami kehidupan baru di dalam Kristus, adalah mengundang Yesus ke dalam kehidupan kita dengan iman melalui doa. Sudahkah saudara mengudang Yesus Kristus ke dalam hidup anda? Jika belum, mahukah saudara mengundang-Nya?

Doa Mengundang Yesus Bertahkta Dalam Hidup

"Tuhan Yesus saya memerlukan Engkau. Terima kasih kerana mati di atas kayu salib untuk mengampuni dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan menerima Engkau sebagai Tuhan dan Penyelamat hidup saya. Jadikanlah saya menurut kehendak-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, Amin"

Share Button

Leave a Reply