|
03 JANUARY 2008
(Kolose 3: 1-4)
Tahun 2007 sudah berlalu dan kita sudah memasuki tahun 2008. Pastinya anda punya azam dan tekad untuk tahun 2008 ini? Di dalam dunia perniagaan besar atau kecil seseorang itu akan mengira keuntungan dan kerugiannya dan kemudian membuat anggaran belanjawan yang menggambarkan kegiatan pernigaannya untuk tahun berikut. Kita boleh melakukan latihan ini terhadap hidup rohani kita. Berikut adalah tiga perkara kita hendak beri tumpuan.
- Perkara yang dikekalkan (1-2a) adalah perkara-perkara yang syurgawi seperti (a) Dasar iman kita iaitu iman percaya kita kepada Kristus yang sudah bangkit. Kita sudah dibangkitkan kepada kehidupan bersama Kristus. (b) Kita kekalkan tumpuan perhatian kita kepada Kristus yang duduk di sebelah kanan Allah.
- Perkara yang harus kita tanggalkan (2b) termasuklah perkara –perkara yang duniawi seperti (a) Pengajaran yang salah. Banyak idea dan pengajaran di dunia ini sangat menarik perhatian kita tetapi sebenarnya pengajaran itu tidak Alkitabiah, dan (b) Tuntutan yang salah dan keinginan duniawi. Kita mempunyai tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah baik terhadap sesama sendiri dan terhadap Allah, serta perbuatan kedagingan yang akhirnya membawa kebinasaan kepada diri sendiri.
- Perkara yang harus disimpan (3-4) termasuklah (a) Kematian kita. Kita sudah mati dalam dosa. Orang yang mati tidak dapat memakan makanan yang dihidangkan di hadapannya walaupun makan itu sangat lazat. Sedemikian juga kita yang sudah mati dalam dosa tidak lagi mengejar perkara duniawi melainkan mencari Kristus. (b) Jaminan yang kita terima daripada Allah bahawa hidup kita tersembunyi dalam Kristus. Hal ini merupakan penghiburan bagi kita semua. (c) Impian kita adalah bahawa kita turut menyatakan diri bersama dengan Kristus apabila Kristus menyatakan diri kelak.
Marilah kita berusaha menjadikan tahun 2008 tahun yang terbaik bagi kita berbanding tahun-tahun yang lalu. Salah satu perkara yang anda boleh lakukan adalah mengalami perubahan demi perubahan melalui Firman dan perbuatan baik.
Selamat menyambut dan menikmati perjanjian Allah di tahun yang baru ini.
| Komen |
|
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!
Powered by !JoomlaComment 3.26















