Komen Ahli

  • header1.jpg
  • header2.jpg
  • header3.jpg
  • header4.jpg
  • header5.jpg
  • header6.jpg
  • header7.jpg
  • header8.jpg
  • header91.jpg

Laman Blog Cahaya Nusantara

Cetak
PDF

Laman Blog Cahaya Nusantara

 

Cahaya Nusantara adalah projek blog perbincangan tentang kehidupan dan pemikiran Kristiani, falsafah dan teoloji, budaya popular dan glokal, perbandingan agama, kerjaya dan iman, pembentukan rohani, misi dan gereja dalam Bahasa Malaysia. Dalam permulaan yang kecil ini, kami berdoa agar Tuhan dapat memberkati pelayanan ini dan mencurahkan berkat-Nya kepada para jemaah di seluruh pelosok Nusantara untuk memahami dan menghidupkan Firman Allah dalam dunia ini.

Cahaya Nusantara berhasrat untuk menggalakkan para pengikut Yesus untuk menghidupkan dan memuliakan Tuhan dalam segala aspek kehidupan mereka. Sebagai pergerakan dalam peringkat akar umbi, Cahaya Nusantara berhasrat untuk meningkatkan penulisan dan kerja pemikiran Kristiani dalam bahasa Malaysia di kalangan orang awam, sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan. Melalui bahan-bahan penulisan ini diharapkan umum dapat membentuk pandangan dunia dan pemikiran yang berasaskan Alkitab yang teguh untuk berdialog dalam masyarakat sekular dan umum.

Ini kerana gereja di Malaysia menghadapi beberapa cabaran semasa dalam kehidupan dan misinya seperti etika moral, sains moden, pluralisme agama, hubungan gereja-negara, budaya, relativisme, ekonomi, hubungan etnik, sekularisma, globalisasi dan sebagainya.

Adalah menjadi pegangan kuat kami bahawa cabaran terbesar bagi Gereja pada hari ini adalah untuk berhadapan dengan budaya semasa secara konstruktif dan kritikal melalui pemahaman Alkitabiah yang sejati.

Sehinggalah kita berbuat demikian, kesaksian Gereja untuk Kristus akan terjejas. Cahaya Kristus dalam Nusantara tidak akan terang.

 

Cahaya Nusantara berhasrat untuk memantapkan nilai-nilai berikut dalam kehidupan peribadi, keluarga dan komuniti.

  1. Memikirkan pemikiran Tuhan – untuk berfikir tentang isu-isu kehidupan, kepercayaan dan budaya dengan minda yang berserah kepada Firman Tuhan. Untuk mengintegrasikan minda, emosi, keinginan, dan kekuatan secara holistik untuk menyembah Tuhan dan mengetahui pelan Tuhan untuk masa kini.
  2. Komuniti elektronik - Kami ingin berdialog dan berbincang dalam konteks komuniti antara satu sama lain untuk memanfaatkan pengajaran, teguran dan latihan daripada orang lain, supaya kita dapat dilengkapi untuk segala kerja yang baik. Kekangan lokasi menyebabkan kami memerlukan pendekatan yang lebih kreatif untuk berkomunikasi
  3. Misi dalam Panggilan – Untuk menjadi duta Kristus yang dilengkapi ilmu ketuhanan, menawan hati, dan bijaksana dalam memenuhi panggilan kita di mana sahaja kita berada, untuk menjadi soldadu kasih dan kebenaran. Kami percaya bahawa iman tidak bercanggah dengan logik. Kami juga percaya bahawa tidak terdapat sebarang pembahagian antara kerjaya dan iman, bidang sekular dan spiritual, ilmu dunia dan ilmu rohani. Semua aspek kehidupan wajib diterangi berdasarkan Alkitab.
*Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Cahay Nusantara, sila KLIK DISINI

Kiranya Tuhan memberkati kita semua.

 

Komen
Carian
Webmaster  - Cahaya Nusantara   |SAdministrator |08-01-2008 12:36:11
avatar Tuhan memberkti usaha dan pelayanan web blog ini. Saya sangat menghargai peluang
berbual dengan saudara 'keropok lekor' merupakan webmaster blog ini.
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Radio FM Rakan Penjala
Status: PenjalaFM
Sedang Bersiaran
Bersama:
TW Acoustic Concert - A Heart For You - Ku Tahu

Panel Ahli




Hilang Katanama/Katalaluan?
Belum menjadi ahli? Daftar
299 berdaftar
0 hari ini
1 minggu ini
24 bulan ini
Terkini: esther

Terakhir Online

 Evg Jachin Lau
 Jeanny
 HaRrYdI
 Lydear
 HAIRY LAWISAN
 Alice Arminah Aik
 Jackson Mantanau
 Rocky M. Voo
 Lerry Juani
 stefanus
 RiaResty Inda
 Hezron
 jane
 veen
 Caroline B. South
 Rev Canon Lidis Singkung
 Lydia Ng
 Sargic Paetan
 Peter Haryson Nianti
 kencie
 wala
 wayne
 Ezria
 Alex
 Marneyluis Moonye
 Hendrick Linggi Allo
 SIM KA VEI
 Mar
 Fenny Awang
 Penjala
 Jasnin Amat
 Julivia Siew Lee Lee
 Redvin..89
 Wallcon Walter
 jepsykah jp
 jufinus
 Lea Mathius
 Liana Amanda Mathius
 kathy kitz
 sufinah
Tiada ahli online
Guests: 4

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini124
mod_vvisit_counterKelmarin214
mod_vvisit_counterMinggu ini996
mod_vvisit_counterBulan ini1985
mod_vvisit_counterJumlah1383002

Info Umum

IP Anda
38.107.191.90