Konferensi BinaFamili PKAM

Konferensi BinaFamili 2005 yang diadakan di Pusat Kebaktian Anglikan Menggatal (PKAM) pada 23hb – 25hb September lalu, telah dihadiri oleh 7 pasangan suami-isteri dan seorang isteri. Konferensi ini merupakan anjuran bersama oleh gereja PKAM dengan Sabah Campus Crusade for Christ (SCCC). Ramai diantara peserta gembira dan berterima kasih untuk konferensi ini, kerana ia telah membantu menyegarkan dan mengembalikan semula kasih sayang suami-isteri bahkan kasih kepada Kristus. Mereka berharap supaya konferensi seumpama ini terus diadakan bagi menjangkau suami-isteri Kristian yang mengalami keratakan rumahtangga serta menyegarkan kembali bibit-bibit kasih sayang yang pernah ditabur bahkan dinikmati semasa memulai sebuah rumahtangga.

Konferensi ini juga akan diadakan di gereja All Saint`s, Kota Kinabalu pada 21hb – 22hb Oktober. Jika anda ingin menyertai konferensi ini, sila menghubungi Ps Andrew Gilong (019-8116873) untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh mengisi borang penyertaan secara online pada panel pendaftaran sebelah kiri anda.

Share Button

Leave a Reply