KMMDOS20 – Revd Fredoline Babia

SHALOM… Kepada anda semua yang diberkati Tuhan!

Dengan penuh sukacitanya saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas peluang untuk menjadi penganjur bagi KMMDOS pada tahun 2020 ini. Kiranya penganjuran KMMDOS20 kali ini memberi impak yang besar kepada anak-anak muda pada masa ini. Saya berterima kasih kepada Tuan Archbishop Datuk Melter Jiki Tais atas kepercayaan yang diberikan kepada saya bersama dengan rakan saya Revd Juny Lutahir. Kami berterima kasih kepada Canon Arun Kuak selaku Koordinator KMMDOS2020 telah memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk memastikan KMMDOS2020 kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Muat-turun video Promosi KMMDOS20 – Google Drive:

Video Promosi KMMDOS20 – Google Drive

Kejayaan sesebuah penganjuran itu adalah kerjasama daripada semua pihak dan pimpinan Tuhan. Maka kita dapat mencapai matlamat utama dalam penganjuran kali ini. Sasaran penyertaan Muda-Mudi tahun 2020 ialah 3000 orang. Mungkin bagi manusia mustahil tetapi bagi Tuhan tidak ada yang mustahil!. Untuk menguatkan mobilisasi di setiap gereja kita, saya ada menyediakan video promosi KMMDOS20 kepada anda semua. Harapan dan doa kita melalui video ini dapat menyuntik semangat kepada muda-mudi kita untuk menyertai Konferensi Muda-Mudi pada tahun ini.

Oleh itu, saya mohon agar semua paderi dan pastor penguasa bersama staf serta penginjil berusaha mendorong para muda-mudi kita untuk menyertai KMMDOS ini. Kita mahu ramai muda-mudi kita diberkati dan mengalami satu pengalaman rohani yang hebat sepanjang KMMDOS ini berlangsung.

Tuhan Yesus memberkati kita semua…!

Revd Fredoline Babia

Pengerusi KMMDOS2020

Share Button

Leave a Reply