|
08 JUNE 2010
Khemah Muda-Mudi Diosis Sabah 2010 bertema “Berakar & Dibangun” sedang berlangsung di Pusat Lembah Berkat, Telupid sejak 7hb Jun dan akan berakhir pada malam 10hb Jun.Seramai 1576 pemuda-pemudi datang dari seluruh pelosok Sabah bahkan dari Semenanjung Malaysia telah menyertai khemah ini. Penyertaan khemah kali telah memecah rekod dan sekaligus mencipta rekod baru paling ramai dari khemah-khemah sebelum ini.

Kemantapan para penceramah yang sangat memukau telah mencetus suatu keceriaan diwajah para peserta yang tak terhingga, meskipun mereka terpaksa bersesak kerana ruang tidak dapat menampung jumlah yang terlalu ramai. Puji-pujian dan penyembahan berkumendang memenuhi ruang pertemuaan menjadi satu suara yang berbau harum menyenangkan hati Tuhan.
Penceramah khemah pada kali ini terdiri daripada:
Bishop Melter Jiki tais (Pembantu Bishop Sabah)
Rev Canon Musa Ambai (Rektor St John, Penangah
Rev Canon Lidis Singkung (Pengarah ISEE)
Rev Clarence Fu (Paderi Penguasa St Margaret, Keningau)
Rev Samamadin Uloi (Paderi Penguasa Epiphany, Tongud)
Rev Jackson Araman (Paderi Penguasa Holy Nativity Nangoh)
Rev Arun Kuak (Rektor Misi Holy Cross, Kuala Sapi)
Kita harapkan khemah ini akan memberikan suatu impak besar dalam kehidupan para peserta.
| Komen |
|















