Khemah Muda-Mudi (BM)

Bahasa Malaysia Diosis Sabah
Tarikh: 29hb Mei – 01hb Jun 2006
Tempat: Pusat Lembah Berkat Telupid

Hello Para Belia…

Kita bersyukur kepada Tuhan kerana sekali lagi kita bertemu dalam Khemah Muda-mudi. Tema pada tahun ini adalah: "Aku Sidang Maju" Objektif utama KMM kali ini adalah untuk mengingatkan para belia akan peranan dan sumbangan yang mereka mainkan kepada sidang masing-masing bukan saja pada masa kini tetapi untuk masa depan. Sebagai generasi penerus kepada setiap visi dan misi Gereja khasnya, inilah masanya! Melalui KMM ini kita mahu diperlengkapi untuk menjadi pemimpin Generasi Penerus, untuk MAJU, sebab kalau kita MAJU, sidang di mana kita berada juga akan MAJU!. KMM ini juga memberikan para belia dasar dan halatuju untuk maju secara HOLISTIK. Apa dan bagaimana? Pertanyaan ini hanya akan dijawab dalam KMM ini. Mari bersama menjayakannya!

MENGENAI PENGKHUTBAH KITA…

Pastor Jacky Mailoor
Beliau merupakan seorang peribadi yang mempunyai sejarah masa lalu yang pahit. Untuk suatu waktu beliau merasakan kehidupannya telah musnah dan berakhir! Tetapi SAKSIKANLAH bagaimana Tuhan telah menjamah dan mengubah hidupnya sehingga menjadi seorang peribadi yang baru dan MAJU dan terus-menerus MAJU!

Pastor Jonathan Prawira
Siapa yang tidak mengenalnya sebagai seorang hamba Tuhan yang sangat dipakai dalam menghasilkan lagu-lagu rohani yang diurapi di Indonesia dan Malaysia? Lihat saja senarai lagu-lagunya melalui Pdt. Ronny Daud Simeon (Sungguh Indah Kau Tuhan dll), atau Kumpulan Giving My Best (GMB- Allah yang setia, Sekarang Waktunya, Yesus Tuhan Kaulah Tuhan dll) dan banyak lagi…

MAKLUMAT KHEMAH

Yuran : RM 30.00 (seorang)
Tarikh Tutup : 23hb Mei 2006

Sebarang Pertanyaan:

AJK Induk Penganjur:
Canon Lidis Singkung (019-5835084)
Rev James Ming (019-8928316)
Rev Musa Ambai (019-8321923)

AJK Kecil Pelaksana:
Pastor Daniu Tawai (019-8613607)

Apa yang anda perlu lakukan?

1. Sila bawa piring, gelas dan senduk
2. Sila bawa tikar sendiri
3. Sila bawa Alkitab dan alat tulis sendiri
4. Sila hantar borang dan Yuran secepatnya

Share Button

Leave a Reply