PenjalaFM

Kembalinya Seorang Raja

Emel Cetak PDF
Kedatangan Yesus Kali KeduaHari ini Perayaan Krismas masih berlangsung di seluruh dunia, malah seluruh alam semesta ini. Selamat Menyambut Hari Krismas secara Global dan alam semesta. Krismas juga disebut Hari Natal. Sementara anda masih berada dalam mood dan suasana merayakan Hari Krismas iaitu kedatangan pertama, sila  renung-renungkan kedatangan-Nya yang kedua kali.  Saya berdoa agar anda diberkati sementara membaca rencana ini. Sila baca seterusnya.
 
Jika anda meneliti filem J.R.R. Tolkien, Lord of the Rings: The Return of the King, anda pasti akan tertarik dengan tema penyelamatan dan watak penyelamat yang dibawa dalam filem ini. Dalam dunia maya dan mistik ini tanah jajahan Gondor telah ditakluki oleh orcs dari Wilayah Mordor. Aragorn harus sedari identitinya serta tujuan sebenar dirinya sebagai Raja Manusia, supaya dia dapat mengalahkan kejahatan dalam pertempuran terakhir nanti.
 
Cerita filem Ini hanya satu rekaan dan kreativiti seni manusia semata-mata. Namun akar dari plot cerita Tolkien mengenai seorang raja yang akan kembali untuk membinasa kejahatan dan membawa damai kepada dunia sangat bersetuju dengan dengan kata-kata Yesus kepada murid-muri-Nya. Dalam beberapa kesempatan Dia memberitahu para murid-Nya bahawa Dia akan kembali pada waktu yang ditentukan. Selanjutnya para murid Yesus berharap dan mengharapkan kedatangan itu, namun sampai sekarang 2,000 tahun sudah berlalu sejak Yesus meninggalkan bumi untuk kembali ke takhta-Nya di sorga. Yesus mempunyai tugas untuk para pengikut-Nya sebelum Dia kembali lagi kedua kalinya.
 
Kebanyakan orang Yahudi sangat dikecewa oleh Yesus. Sebabnya, Mesias yang mereka nanti-nantikan harus menawan musuh, mengembalikan kegemilangan bangsa kepada Israel. Para nabi telah menubuatkan kedatangan Mesias sebagai raja atas musuh-musuh Israel. 500 tahun sebelum Yesus dilahirkan, nabi Zakaria telah menulis,

"Beginilah firman TUHAN semesta alam... Aku akan kembali ke Sion dan akan diam di tengah-tengah Yerusalem. Yerusalem akan disebut Kota Setia, dan gunung TUHAN semesta alam akan disebut Gunung Kudus.” (Zak 8: 2a, 3, ITB) Tetapi bukan itu yang berlaku, lalu mereka menangkap Dia dijatuhkan hukuman mati walaupun Dia tidak bersalah. Di gantung di atas kayu salib. Firman Tuhan menjelaskan bahawa kematian itu membawa penyelamatan kepada semua manusia – diselamatkan daripada penghukuman yang kekal. Namun Dia bangkita pada hari yang ketiga.

Selepas kebangkitan Yesus, Dia menghabiskan masa bersama para murid-Nya selama 40 hari, mengajar mereka apa harus mereka ketahui untuk mengkhabarkan berita dalam dunia yang jahat ini. Sepanjang tempoh ini Dia menjelaskan kepada mereka bahawa Dia akan kembali dan bahawa Dia akan mendirikan kerajaan-Nya, seperti yang dinubuatkan para nabi. Tetapi Dia tidak memberitahu bila. Namun Yesus mengatakan bahawa walaupun tidak ada manusia yang tahu akan hari atau masa kedatangan-Nya yang kedua kali, akan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kedatangan itu semakin dekat. Salah satu tanda itu adalah kepulangan umat Yahudi ke tanah air mereka iaitu Israel.
 
Sementara Yesus terangkat dari bumi selepas 40 hari itu, Dia terangkat ke sorga. Sementara para murid melihat Dia terangkat – sungguh ini adalah satu peristiwa ajaib dan menghairankan mereka, beberapa malaikat muncul dan mula berkata-kata kepada mereka:

"Hai orang-orang Galilea, mengapakah kamu berdiri melihat ke langit? Yesus ini, yang terangkat ke sorga meninggalkan kamu, akan datang kembali dengan cara yang sama seperti kamu melihat Dia naik ke sorga." (Kis 1:11, ITB)

Dan pada hari ini kita masih menanti dan sedang menunggu. Rasul Petrus memberi amaran, pada akhir zaman nanti manusia akan kecewa dan hilang harapan dan kepercayaan akan kedatangan Yesus Kristus yang kedua kali. Yesus berfirman, jangan takut dan gelisah hatimu. Dia pasti akan datang kembali. Namun jelas, bahawa apa yang berlaku di atas  pentas dunia ini, terutama sekali apa yang berlaku di Yerusalem dan Timur Tengah, seolah-olah memberitahu bahawa kita sedang berarak menuju ke arah kebenaran bahawa hanya Sang Pencipta sahaja yang mampu dan akan menyelesaikan segala sesuatu. Alkitab mengatakan apabila Yesus kembali, umat Yahudi akan mengenali kesalahan mereka kerana menolak Dia, dan mereka meratap:

"dan mereka akan memandang kepada dia yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung.” (Zak 12:10, ITB)

Di dalam Kitab Wahyu, kitab terakhir dalam Perjanjian Baru, rasul Yohanes meringkaskan peristiwa berskala kosmik yang akan berlaku apabila Yesus kembali lagi. Pergolakan dan kebinasaan yang berlaku di Yerusalem akan membawa dunia ke ambang kebinasaan. Dunia tidak berpengharapan lagi tanpa campur tangan dari Allah sendiri.
 
Pada waktu itu mereka yang menentang Yesus akan takut dan tersiksa. Tetapi mereka yang percaya akan memandang kepada Dia dengan penantian dan pengharapan yang penuh dengan perasaan sukacita dan pengharapan. Dan sebelum pristiwa ini berlaku mereka sudah diangkat ke awan-awan bertemu dan bersama-sama dengan Dia. Adakah kita semakin dekat pada waktunya apabila kedatangan kembali Raja yang sebenar berlaku? Sama-samalah kita berdoa dan berwaspada.

Nota: Selamat Menyambut Hari Krismas. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Yesus atau mengenai rencana ini sila email kami. Tuhan memberkati.

Nota: Rencana ini berakhir dalam Siri ini. Jika anda ada cadangan mengenai tajuk yang anda ingin disiarkan atau anda mempunyai rencana untuk disiarkan dalam web ini anda boleh mengemail kami. Kami akan memutuskan samada menyiarkannya atau disebaliknya atau disunting untuk siaran.
Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Radio Penjala FM

Radio FM Rakan Penjala
Status: PenjalaFM
Sedang Bersiaran
Bersama:
04. Sejauh timur dari barat

Panel Ahli

Statistik

286 berdaftar
0 hari ini
0 minggu ini
45 bulan ini
Terkini: bennylin
Tiada ahli online
Guests: 8

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini29
mod_vvisit_counterKelmarin180
mod_vvisit_counterMinggu ini1590
mod_vvisit_counterBulan ini29
mod_vvisit_counterJumlah1374329

Gereja Anglikan

Info Umum

IP Anda
38.107.191.90
 

Komen Ahli