Kemah Muda-Mudi Peringkat Keningau

Tempat: Gereja Anglikan Iman Hidup, Kg Lalang, Ulu Tomani, Tenom
Tarikh: 22hb – 24hb Ogos 2006
Pengkhutbah : Rev Musa Ambai

Dunia hari ini digelar sebagai zaman globalisasi. Namun, dunia tetap dipenuhi oleh pengaruh-pengaruh yang tidak berkenan di hadapan Tuhan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ini membuatkan anda mudah terpengaruh atau terikut-ikut dengan cara duniawi yang melibatkan cara hidup, cara pemakaian, cara pergaulan, cara percakapan dengan orang lain dan banyak lagi. Keadaan tersebut menyebabkan dunia akan menilai anda dengan pelbagai gelaran seperti "Samseng Jalanan…" "Geng Kampungan…" dan banyak lagi… Akibatnya, anda tidak sanggup untuk menerima semua kenyataan ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang yang istimewa ini dengan membawa kawan-kawan anda untuk menyertai kemah yang bertemakan:

Biodata Pengkhutbah

Rev Musa Ambai telah mengabdikan diri untuk melayani Tuhan sepenuh masa dan beliau berkhidmat kepada gereja Anglikan Diosis Sabah sejak tahun 1980-an. Selepas menyelesaikan zaman sekolah menengah dengan terlibat dalam pelbagai pelayanan, akhirnya beliau telah pasti visi Allah dalam hidupnya. Beliau sering diundang sebagai penceramah juga sebagai pengkhutbah di seluruh negeri Sabah serta di semenanjung Malaysia. Beliau teleh berkeluarga dan diberkati dengan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan (Evangelister, Evangeleon dan Evangellee). Kini beliau melayani sebagai paderi penguasa di St. John Penangah. Beliau merupakan mahasiswa STS dan juga mendapat pendidikan teologi di England, Indonesia, Singapora serta Sarawak.

Maklumat KMM

Yuran penyertaan: RM10.00 seorang
Tarikh Tutup : 31hb Julai 2006

Perkara yang perlu dibawa:

1. Alkitab, buku catatan dan pen
2. Tikar, selimut, & bantal
3. Piring, gelas & sudu/garpu
4. Peralatan mandi
5. Peralatan sukan

Kemudahan yang disediakan:

1. Makan & minum
2. Tempat mandi – Sg Tomani
3. Tempat makan & minum – Balai Raya Kg Lalang
4. Tempat tinggal – Rumah Kebudayaan Suku Kaum Murut
5. Tandas awam (Lelaki & Wanita)

Keterangan Lanjut

Sila menghubungi:

1. Penginjil Muda Yeusli Roslan (019-8967043)
2. Penginjil Muda Peter Yohanes (019-8095319)
3. Pejabat Am Gereja (087-331146)

NOTA:

Sebarang kelewatan selepas tarikh penutupan penyertaan akan dikenakan caj sebanyak RM5.00 seorang

Share Button

Leave a Reply