PenjalaFM

Kata Yesus Mengenai Kita?

Emel Cetak PDF

"Selamat Menyambut Hari Krismas. Berikut ini adalah rencana untuk tatapan anda"

Tetapi jika Allah itu kudus dan bencikan kejahatan, mengapakah Dia tidak jadikan karakter kita sama seperti karakter Dia? Mengapakah ada pendera kanak-kanak, pembunuh, perogol, nafsu liar? Dan mengapakah kita harus bergumul dengan pilihan moral kita sendiri? Soalan seperti ini membawa kita kepada pencarian makna yang seterusnya. Apakah yang Yesus katakan mengenai kita?

KATA YESUS MENGENAI KITA?

Diciptakan untuk berhubung dengan Dia
Jika anda membaca Perjanjian Baru anda akan sedari bahawa Yesus seringkali berfirman betapa kita sangat berharga bagi Allah, memberitahu kita bahawa Allah menciptakan kita untuk menjadi anak-anak Allah.

Seorang penyanyi rock U2 bernama Bono pernah berkata dalam satu temuramah, “Adalah sangat membingungkan konsep bahawa Allah yang menciptakan alam semesta juga ingin mencari kawan, satu perhubungan yang real dengan manusia.” Dengan kata lain, sebelum dunia diciptakan, Allah telah merancang untuk mengangkat kita menjadi anak-anak dalam keluarga-Nya. Bukan setakat itu sahaja, Dia telah merancang sebuah warisan yang luar biasa untuk menjadi milik kita. Seperti hati seorang bapa dalam cerita Yesus yang diterbitkan dalam rencana ini pada minggu yang lalu, Allah ingin mencurahkan berkat-Nya yang berkelimpahan kepada kita berserta keistemewaan yang rajani. Di hadapan Dia, kita adalah sangat istimewa.

Bebas untuk memilih
Allah mampu menciptakan kita seperti manusia robot yang dicipta untuk mengasihi dan mentaati Dia, serta memprogramkan kita untuk menyembah Dia. Tetapi kasih kita yang dipaksakan itu tidak bermakna sama sekali. Allah ingin supaya kita mengasihi Dia dengan bebas. Dalam satu perhubungan yang real, kita ingin supaya seseorang itu mengasihi kita sebagaimana adanya kita, bukan kerana terpaksa — kita lebih menyukai seorang teman hidup daripada seorang pengantin yang seperti satu barangan yang boleh dijual-beli. Søren Kierkegaard meringkaskan dilemma ini sebagai berikut.

Katakan seorang raja telah jatuh hati dengan seorang gadis. Raja ini bukan sembarangan raja. Setiap pemimpin negara takut akan kuasanya … namun raja ini terkulai oleh cintanya kepada seorang gadis biasa. Bagaimanakah dia meluah cintanya kepada gadis ini? Dalam keadaan ini, raja ini tidak dapat membuat keputusan. Jika dia membawa gadis ini ke istana dan jadikan dia permaisuri … pasti gadis ini tidak menolak—tak pernah ada orang menolak dia. Tetapi adakah gadis ini mencintainya? Mungkin gadis ini akan mengatakan dia mencintainya, tetapi jauh dalam sanubarinya, betulkah dia mencintai raja ini?

Nampak tak masalahnya? Tetapi, supaya kasih itu saling dicurahkan, maka Allah mencipta manusia dengan keupayaan yang unik: memiliki kebebasan kehendak untuk memilih.

Pemberontakan
C.S. Lewis membahaskannya dengan mengatakan bahawa walaupun kita diciptakan dengan keinginan untuk mengenal Allah, kita memberontak terhadap Allah pada saat kita dilahirkan. Lewis juga mula memeriksa motifnya sendiri, yang akhirnya memimpin dia menyedari yang salah dari yang benar. Kesedaran ini iaitu bahawa kita diciptakan dengan hukum moral telah mengubah bekas ateist ini mencapai keputusan bahawa mesti terdapat seorang “Pemberi Hukum.”

Sebenarnya, menurut Yesus dan Alkitab, Allah telah memberikan kepada kita satu hukum moral yang harus ditaati. Bukan hanya kita telah membelakangi hubungan kita dengan Allah, kita juga melanggar hukum moral yang diberikan Allah. Kebanyakan kita mengenal Hukum Sepuluh: “Jangan menjadi saksi dusta, mencuri, membunuh, berzinah,” dll. Yesus meringkaskannya dengan mengatakan kita hendaklah mengasihi Allah dengan segenap hati dan mengasihi saudara kita seperti diri sendiri. Dosa, justeru itu, bukan hanya kesalahan yang dilakukan kerana melanggar hukum, tetapi juga kegagalan melakukan apa yang benar.

Allah menciptakan dunia dengan hukum-hukum yang memelihara segala-gala di dalamnya. Ia tidak boleh rosak dan tidak berubah. Apabila Einstein mencipta formula E=MC2 dia telah membongkar rahsia kuasa nuklear. Apabila ramuan yang tepat dicampurkan dalam keadaan lingkungan yang tepat maka tercetuslah satu kuasa yang hebat. Alkitab memberitahu kita bahawa hukum moral Allah juga tidak kurang sahnya kerana ia timbul dari karakter Allah sendiri.

Kita telah melanggar hukum Allah sejak dari Adam dan Hawa, meskipun hukum-hukum itu diadakan untuk kebaikan kita. Dan kita gagal melakukan yang benar. Kita mewarisi keadaan ini sejak dari manusia pertama iaitu Adam. Alkitab mentakrifkan perbuatan ini sebagai dosa yang bermakna tidak kena pada sasaran seperti anak panah yang tidak menepati sasaran. Justru, dosa kita telah memutuskan hubungan kita dengan Allah sebagaimana yang disasarkan. Dengan menggunakan ahli pemanah sebagai perbandingan, kita telah tersasar liar daripada tujuan kita diciptakan.
Dosa telah menyebabkan semua perhubungan rosak: bangsa manusia terpisah dari persekitarannya (terasing), peribadi terasing daripada diri mereka sendiri (rasa bersalah dan malu), manusia terpisah daripada sesama manusia (peperangan, pembunuhan), dan manusia terpisah daripada Allah (maut rohani). Bagaikan sambungan seutas rantai, apabila sambungan daripada Allah dan manusia terputus, semua sambungan yang lain akan terlepas.

Dan kita semua berkecai. Seperti nyanyian rap Kayne West yang berbunyi, “Dan saya berfikir tidak ada cara saya betulkan kesalahan saya …saya ingin berbual dengan Allah tetapi saya takut kerana sudah lama kami tidak berhubung ....” Lirik lagu West ini menceritakan tentang jurang akibat dosa dalam hidup kita. Dan menurut Alkitab, keterpisahan ini lebih teruk daripada hanya lirik lagu rap. Akibatnya adalah maut.

Dosa kita telah memisahkan kita daripada kasih Allah
Pemberontakan kita (dosa) telah membawa tembok pemisah di antara Allah dan kita (sila baca Yesaya 59:2). Dalam Alkitab, “terpisah” bermaksud kematian rohani. Kematian rohani bermakna terpisah selama-lamanya daripada terang dan hidup dari Allah.

“Tetapi tunggu sekejap,” anda mungkin berkata. “Tidakkah Allah mengetahui semua itu sebelum Dia mencipta kita? Mengapa Dia tidak tahu bahawa rancangan-Nya itu akan gagal?” Memanglah, Allah yang Maha Tahu tahu bahawa kita akan memberontak dan berdosa. Sebenarnya, kegagalan kitalah yang menjadikan rancangan-Nya membingungkan. Dan hal ini membawa kita kepada sebab mengapa Allah turun ke dalam dunia dalam rupa manusia. Dan yang lebih luarbiasa lagi—itulah sebabnya Dia mati.

 

Komen
Carian
queenz  - merry christmas   |Registered |19-12-2008 19:52:18
avatar ..Amat membangun..teruskan canon..
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Radio Penjala FM

Radio FM Rakan Penjala
Status: PenjalaFM
Sedang Bersiaran
Bersama:
Planetshakers - Even Greater - Even Greater

Panel Ahli

Statistik

286 berdaftar
0 hari ini
0 minggu ini
45 bulan ini
Terkini: bennylin
Tiada ahli online
Guests: 3

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini34
mod_vvisit_counterKelmarin180
mod_vvisit_counterMinggu ini1595
mod_vvisit_counterBulan ini34
mod_vvisit_counterJumlah1374334

Gereja Anglikan

Info Umum

IP Anda
38.107.191.91
 

Komen Ahli