Hati Bagai Perigi

Petikan: Kejadian 26:12-25

Pendahuluan
Ketika musim kemarau melanda kita, perigi di padang gurun bernilai bagaikan lombong emas. Ketika kekeringan rohani melanda hati kita, perigi hati ini bernilai lebih daripada emas. Perigi apakah yang akan digali di dalam hati kita?

I. PERIGI PERTENGKARAN, Ayat 20

Sumur Esek bererti Sumur Pertengkaran. Mungkin airnya membual tetapi itu perigi pertengkaran. Air yang jernih tidak sedap diminum oleh hati yang keruh!

II. PERIGI PERMUSUHAN, Ayat 21

Sumur Sina bererti Sumur Permusuhan. Menggali sumur baru bukan penyelesaian masalah lama kalau tidak dihadapi dengan anugerah Tuhan. Lembaran baru tidak selalunya menjadi penyelesaian luka-luka lama.

III. PERIGI KEBEBASAN, Ayat 22

Sumur Rehobot bererti Sumur Kebebasan. Kebebasan bukan kerana tidak ada pertengkaran lagi tetapi kerana mereka mengingat Sumber Kemerdekaan yang sejati di dalam Tuhan!

IV. PERIGI PENYEMBAHAN, Ayat 23-25

Tindakan Tuhan: Menampakkan diri, berbicara, memberkati, menyertai
Tindakan Ishak: Mendirikan mazbah, memanggil nama Tuhan kemudian menggali sumur baru.

Mazbah ibadah dibina terlebih dahulu sebelum menggali perigi. Apabila Tuhan diutamakan, Dia akan bertindak demi kepentingan umat-Nya!

Penutupan
Ada perigi tertimbus, ada perigi yang digali. Perigi apa yang kita gali di dalam hati kita?

Share Button

Leave a Reply