Disalibkan, Mati Dan Dikuburkan

Petikan : Lukas 23 : 44-56

1.      Disalibkan (44-45). Apabila Yesus tergantung di kayu salib tanda diberikan.

  • Kegelapan meliputi bumi dari tengah hari sampai pukul tiga petang. Kemungkinan ini adalah satu tanda dari syurga yang menunjukkan kemarahan tentang penolakan Yesus oleh orang-orang berdosa. Ini mungkin juga melambangkan bahawa pada ketika itu, Tuhan sementara meninggalkan AnakNya yang menanggung dosa manusia (Markus 15:34). Tidak hairanlah seluruh alam semesta terganggu.
  • Tirai yang tergantung di dalam Bait Tuhan di antara Tempat Kudus (Keluaran 26:33), di mana orang-orang menyembah tiap-tiap hari, dan Tempat yang Mahakudus (dikatakan sebagai kediaman Tuhan) terbelah dua. Ini menunjukkan pembukaan jalan terus kepada Tuhan bagi semua orang yang beriman. Itulah yang dicapai Yesus melalui kematianNya (lihat Ibrani 10:19-20).

2.     Mati (46-49)

  • Tanda-tanda yang luar biasa ini akan diikuti oleh teriakan kuat dari Yesus. Perkataan-perkataanNya (46) adalah doa yang sederhana dan penuh dengan keyakinan sebagaimana seorang Yahudi yang beribadat berdoa sebelum tidur. Yesus mati dalam keadaan damai dan penuh keyakinan.
  • Orang Rum yang menguruskan hukuman mati Yesus, betul-betul yakin bahawa Dia tidak bersalah. Orang ramai dengan dukacita dan hati yang menyesal berangkat dan pulang ke rumah masing-masing. Mereka yang menjadi pengikutNya dengan hormat sekali menyaksikan perkara itu dari jauh.
  • Apakah yang telah mengganggui atau mengagumi mereka semua?

3.     Dikuburkan (50-56)

  • Bukan semua pemimpin orang Yahudi menentang Yesus. Dia dikuburkan dengan hormat oleh seorang ahli Majlis Agama Yahudi yang bertaat, iaitu Yusuf dari Arimathea. Sebelum hari Sabat bermula pada waktu senjakala, perempuan-perempuan menyediakan rempah-rempah dan minyak wangi untuk mengurapi mayat Yesus pada hari Ahad.

FOKUS :  Fikirkan sikap orang-orang yang berlainan sepanjang masa penyaliban : Petrus, Herodes, Pilatus, orang ramai, Simon, kedua-dua penjahat, ketua askar, murid-murid Yesus, Yusuf dan perempuan-perempuan. Orang manakah dari senarai tadi anda merasa diri anda paling menyerupai?

PUJIAN ‘memang benar Dia ini Anak Tuhan’ (Matius 27:54).

Share Button

Leave a Reply