BUKU “BUNGA BAHARU DI BELUKAR LAMA” – DEAN MUSA


Renungan peribadi tentang pontensi gereja pedalaman dalam Diosis Sabah untuk menjadi gereja misi.

“Dalam tulisan ini, beliau menulis berdasarkan sudut pandang seorang paderi tempatan, dilahirkan dan dibesarkan di pedalaman Sabah. Beliau menilai potensi gereja-gereja pedalaman dengan tepat dan menyatakan secara jelas dan realistik cinta dan wawasannya untuk gereja-gereja pedalaman di Sabah. Anda perlu membaca keseluruhan tulisan ini dengan doa agar sehati dengan Dean Musa untuk mencapai cinta dan wawasan Allah untuk gereja-gereja-Nya di pedalaman Sabah. Sabah boleh!

Bishop Datuk Yong Ping Chung
Pengerusi Pertama Misi Anglikan Pedalaman Sabah

“Bunga baharu belukar lama,
Pokok kencana berakar lagi,
Musim misi bertahan lama,
Walau bermusim berulang kali.”

“Musa Ambai tak pernah lesu,
Menuai jiwa nyawa bertaruh,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah sayap bertongkat paruh.“

Venerable Lidis Singkung
Archdeacon Central Diocese of Sabah

Rev. Ambai telah memanfaatkan masanya, menggunakan pelbagai disiplin berbeza dan pengalaman serta pengajiannya selama ini untuk menghasilkan sebuah karya yang penting, Bunga Baharu di Belukar Lama. Dokumen ini menggabungkan pembacaan dan renungan dalam pengajian Alkitabiah, pengajian misi dan pengajian pengurusan untuk mengatasi masalah baru yang dihadapi gereja-gereja Anglikan pedalaman di Sabah.

Rev. Dr. Toby Howarth
Naib Pengetua, Crowther Hall, Birmingham, England

TENTANG PENULIS

DEAN MUSA AMBAI ialah hamba Tuhan dari Penangah yang telah melayani Tuhan di pedalaman selama 20 tahun sebelum dipanggil untuk melayani di kawasan bandaraya Kota Kinabalu. Selepas menerima latihan teologi di Maktab Injil Malaysia (1982-1985) dan Seminari Teologi Sabah (1990-1992), beliau telah menggunakan waktu Sabatikal untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Misi dan Kepimpinan di Crowther Hall, Birmingham, England pada tahun 2003. Beliau adalah Dekan Kathedral All Saints, Kota Kinabalu, dan juga seorang tutor di Institut Latihan Anglikan. Beliau telah menikah dengan Puan Juliana Rubon dan dikaruniakan tiga orang anak iaitu Evangelister, Evangeleon dan Evangellee.

RM10 SENASKAH

Dapatkan melalui Gereja atau Paroki anda sebelum kehabisan. Cetakan adalah terhad.

Share Button