PenjalaFM

Apakah Yesus Katakan Tentang Diri-Nya Sendiri?

Emel Cetak PDF

"Selamat Menyambut Hari Krismas. Berikut ini adalah rencana untuk tatapan anda"

Penyelesaian yang sempurna oleh Allah
Seorang penulis bernama Ray Stedman menulis perihal janji Allah mengenai Mesias seperti ini: “Dari permulaan Perjanjian Baru, terdapat satu pengharapan dan harapan, seperti sesuatu bunyi tapak kaki yang kian hampir: Ada seseorang yang akan datang!...Pengharapan itu semakin meningkat sepanjang rekod kenabian, sementara itu satu nabi lepas satu nabi mengisytiharkan satu lagi petanda: Ada seseorang yang akan datang!”

Para nabi telah menubuatkan bahawa Mesias akan datang dan menjadi korban Allah yang sempurna, untuk menunjukkan keadilan-Nya. Manusia yang sempurna ini layak untuk mati bagi kita semua. Menurut penulis Perjanjian Baru, satu-satunya sebab Yesus layak mati untuk kita, adalah kerana sebagai Allah, Dia hidup dengan sempurna dan tidak berdosa.

Adalah susah untuk memahami bagaimana kematian Yesus boleh menebus dosa kita. Tetapi, mungkin contoh bidang kehakiman boleh menjelaskan bagaimana Yesus menyelesaikan dilemma kasih dan keadilan Allah yang sempurna itu.
 
Bayangkan anda memasuki kamar mahkamah dan menghadap hakim, anda bersalah kerana membunuh (anda punya isu serius). Semakin anda menghampiri hakim itu, anda sedari hakim itu adalah ayah anda sendiri. Mengetahui dia mengasihi anda, anda memohon, “Ayah, tolong bebaskan saya!”

Diapun menjawab, “Saya memang mengasihi, anda wahai anakku, tetapi saya adalah hakim, saya tidak boleh membebaskan engkau begitu sahaja.” Dia kecewa. Kemudian dia jatuhkan hukuman bersalah kepada anda. Keadilan tidak dikompromi, bukan pula oleh seorang hakim. Tetapi kerana dia mengasihi anda, dia turun dari tempat duduknya, lalu menanggalkan jubahnya, dan menawarkan diri untuk membayar kesalahan bagi pihak anda. Dan seterusnya, dia mengambil tempat anda di gantung sampai mati.
 
Inilah gambaran yang diberikan dalam Perjanjian Baru. Allah memasuki sejarah manusia, sebagai peribadi Yesus Kristus, dan digantung (sebut: salib) untuk menggantikan tempat kita, dan untuk kita. Yesus bukanlah mangsa dosa dan kesalahan kita, tetapi Dia adalah Allah. Dengan hal ini, Allah punya dua pilihan iatu untuk menghakimi dosa kita atau menerima penghukuman itu sendiri. Dalam Kristus Dia memilih langkah yang kedua.

Penyanyi Bono dari kumpulan U2 tidak berpura-pura menjadi seorang ahli teologia tetapi dia dengan tepat menerangkan mengapa Yesus mati: Maksud kematian Kristus adalah Dia mengambil dosa manusia, supaya kesalahan kita tidak kembali kepada kita, dan dalam keadaan berdosa kita tidak menuai maut. Itulah maksudnya. Perkara ini harus membuat kita direndahkan. Bukanlah perbuatan baik kita yang membawa kita ke syurga.

Yesus tidak mengatakan Dia adalah jalan kepada Allah. Dia mengatakan Dia adalah Jalan itu, dan kematian-Nya adalah satu-satunya jalan penyelesaian dosa kita (Yoh 14:6).
 
Mereka yang percaya bahawa semua agama adalah sama sebenarnya menafikan mereka mempunyai masalah dosa. Mereka enggan menerima kebenaran firman Kristus dengan serius. Mereka mengatakan kasih Allah akan menerima kita semua, tanpa mengira apa dosa yang telah kita lakukan. Ternyata Hitler harus menderita penghakiman kata mereka, tetapi bukan mereka yang “hidup dengan baik.”

Tetapi, telah kita lihat bahawa dosa bertentangan dengan sifat Allah yang suci. Justeru, kita telah menghina Dia yang telah mencipta kita, dan mengasihi kita sehingga sanggup mengorbankan anak-Nya untuk kita. Dengan kata lain, pemberontakan kita adalah seperti perbuatan meludah ke muka Allah. Tidak ada yang boleh membayar dosa yang kita lakukan, samada perbuatan baik, agama, meditasi atau Karma.

Menurut seorang ahli teologia yang bernama R. C. Sproul, Yesus sahaja yang dapat membayar hutang dosa kita. Dia menulis bahawa Musa boleh campur tangan dalam Taurat; Muhammad boleh membawa pedang; Buddha boleh membawa kaunsel peribadi; Confusius boleh memberi kata hikmat; tetapi tidak seorangpun layak mengorbankan diri untuk keselamatan dari dosa manusia…Kristuslah satu-satunya yang layak menerima kesetiaan dan pelayanan yang tidak terhingga.

Hadiah yang tidak layak diterima
Istilah Alkitabiah untuk menggambarkan pengampunan Allah yang percuma melalui pengorbanan Kristus hingga mati adalah anugerah. Belas-kasihan boleh menyelamatkan kita kerana apa yang kita berhak menerima tetapi anugerah Allah memberi kepada kita apa yang kita tidak layak menerima. Mari kita soroti kembali untuk seketika bagaimana Allah telah melakukan sesuatu kepada kita apa yang sepatutnya kita tidak mampu melakukan untuk diri kita sendiri
 
SATU BABAK DALAM ALAM SEMESTA
Hidup baru yang diterima akibat dari menerima Kristus yang telah mati untuk dosa kita dipanggil sebagai “hidup kekal.” Hidup yang diampuni dan diubah adalah sesuatu yang mampu dimiliki; ini adalah cerita yang terdapat dalam berbagai filem dan kisah kehidupan. Idea “hidup kekal” pula membingungkan buat seketika – kerana hidup yang diubah ini terus berjalan selama-lamanya. Sementara memikirkan bahawa kehidupan selepas kematian merupakan satu konsep yang kita mampu nikmati dan membebaskan, ia juga membawa bersamanya ketakutan terhadap yang apa tidak diketahui. Adakah pada waktu itu atau di tempat itu kita kehilangan identiti diri atau kebebasan kita? Apakah tempat kediaman kita itu lagaknya seperti awan putih? Adakah kita merasa bosan di sana?
 
C. S. Lewis mengatakan bahawa kebangkitan Yesus membuka satu lembaran yang radikal dalam skema alam semesta. Lewis memberikan satu perbandingan mengenai hidup kekal; ia seperti seorang anak kecil yang diberi pengajaran tentang nikmat seks, anak kecil itu bertanya adakah semasa melakukan hubungan seks juga masa untuk makan coklat. Jika dijawab tidak, maka anak kecil itu akan memikirkan seks itu sebagai sesuatu yang negatif, tidak “bercoklat”, dan dia akan memahami seks itu sebagai sesuatu yang kurang diminati, sedangkan seks itu lebih daripada memakan coklat. Demikian juga, kata Lewis, konsep kita terhadap sorga dan hidup kekal sentiasa dilihat secara negatif dan bukan sebagai penuh dengan kelimpahan.

Dr. Randy Alcorn, yang telah menyelideki petikan Alkitab selama 25 tahun mengenai sorga dan telah mengajarkannya dalam Kursus-kursus lepasan ijazah memberikan pandangan yang sangat membantu mengenai kehidupan selepas kematian dalam bukunya yang berjudul Sorga.

Dia menggambarkan sorga sebagai, “terang, hidup, bumi baru yang fisikal, bebas dari dosa, sengsara, dan maut, dan berlimpahan dengan hadirat Kristus, kecantikan semulajadi yang menakjubkan, serta kekayaan budaya manusia sebagaimana yang dimaksudkan Allah.” Dia membandingkan pengalaman kita di sorga seperti seorang kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi. Kita akan menjadi “manusia real dengan tubuh yang real menikmati hubungan yang intim dengan Allah dan antara sesama, makan, minum, berkerja, bermain, berjalan, menyembah dan menemukan hal-hal baru.
Walaupun dia mendasarkan pandangannya ini pada ayat-ayat Alkitab, satu petikan yang menyimpulkan semuanya adalah 1Kor 2:9 - Tetapi seperti ada tertulis: "Apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, dan tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah timbul di dalam hati manusia: semua yang disediakan Allah untuk mereka yang mengasihi Dia."

  • Allah mengasihi kita dan menciptakan kita untuk dapat berhubung dengan Diri-Nya sendiri
  • Kita diberikan kebebasan untuk menerima atau menolak hubungan itu
  • Dosa serta pemberontakan kita terhadap Allah dan hukum Allah telah menimbulkan benteng pemisah di antara kita dan Allah
  • Walaupun kita harus menerima hukuman kekal, Allah telah membatalkan hukuman itu oleh kematian Yesus Kristus bagi pihak kita, menjadikan kita boleh hidup kekal bersama Dia


Bono membayangkan apa itu anugerah Allah. “Anugerah melebihi kewarasan dan lojik. Kasih itu seperti menghilangkan berlakunya kuasa hukuman akibat daripada tingkah laku kita yang salah, dalam hidup saya itu adalah berita baik, kerana saya telah melakukan banyak kebodohan...saya berada dalam kesusahan besar jika Karma menjadi hakim saya ….Ia tidak memaafkan kesalahan saya, tetapi saya berpegang pada Anugerah. Saya berpegang pada Yesus yang telah mengambil semua dosa saya dan membawanya ke Salib, kerana saya tahu siapa saya, dan saya harap saya tidak perlu bergantung kepada agama saya sahaja.”
 
Sekarang kita sudah mendapat gambaran tentang rencana Allah untuk zaman akan datang. Tetapi terdapat satu lagi ramuan yang tercicir. Menurut Perjanjian Baru, setiap kita ini harus respon kepada hadiah percuma tawaran dari Yesus itu. Dia tidak akan memaksa kita menerimanya.

Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Radio Penjala FM

Radio FM Rakan Penjala
Status: PenjalaFM
Sedang Bersiaran
Bersama:
04. Sejauh timur dari barat

Panel Ahli

Statistik

286 berdaftar
0 hari ini
0 minggu ini
45 bulan ini
Terkini: bennylin
Tiada ahli online
Guests: 8

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini29
mod_vvisit_counterKelmarin180
mod_vvisit_counterMinggu ini1590
mod_vvisit_counterBulan ini29
mod_vvisit_counterJumlah1374329

Gereja Anglikan

Info Umum

IP Anda
38.107.191.90
 

Komen Ahli