PenjalaFM

Anda Pilih Jalan Sendiri

Emel Cetak PDF

SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN YESUS KRISTUS

Seorang penulis dan pensyarah antarabangsa, Ravi Zacharias pernah mengatakan, “Berita Yesus menjelaskan bahawa setiap individu, sama orang Yahudi atau Yunani atau Roman atau dari mana-mana tamadun sekalipun, datang kepada Allah bukan atas dasar diri atau kelahirannya, tetapi melalui pilihan sendiri untuk membenarkan Allah memerintah dalam hidup peribadinya.”

Pilihan kita sering kali dipengaruhi orang lain. Cerita berikut ini menunjukkan bagaimana kekadang nasihat yang paling jujur sekalipun boleh membuahkan akibat yang parah.

Dalam serangan 11 Sept beberapa tahun yang lalu ke atas Menara Kembar Pusat Dagangan Dunia AS, terdapat cerita sedih di mana seorang lelaki yang berada di Tingkat 92 terdengar pesawat jet merempuh bangunan itu. Terkejut dengan letupan itu dia menelefon polis untuk mendapatkan nasihat apa yang harus dilakukannya. “Kami ingin tahu samada kami harus keluar dari bangunan,” katanya dengan cemas.

Suara dalam gagang telefon itu menjawab. “Sila tunggu sehingga ada perintah selanjutnya.” “Baik,” kata pemanggil itu. “Jangan keluar.” Dia letakkan semula gagang telefon itu.

Seketika kemudian selepas 9:00 A.M., satu lagi jet merempuh Tingkat 80 bangunan tersebut. Sekitar 600 orang di tingkat atas bangunan itu binasa. Kegagalan untuk meninggalkan bangunan adalah tragedi paling sedih hari itu.
 
600 orang telah terkorban kerana mereka bersandar pada informasi yang salah, walaupun informasi tersebut diberikan oleh orang yang memang berusaha untuk membantu mereka. Tragedi itu tidak akan berlaku sekiranya mangsa seramai 600 orang itu diberikan informasi yang tepat.
 
Pilihan kita akan Yesus memanglah lebih penting berbanding mangsa 9/11. Masa hadapan kita sangat penting. Kita memilih satu daripada tiga respon. Kita tidak pedulikan Dia. Kita tolak Dia. Atau, kita terima Dia.

Sebab kenapa ramai orang melalui kehidupan tanpa menghiraukan Allah adalah kerana mereka terlalu sibuk mengejar agenda tersendiri. Chuck Colson adalah salah seorang daripada mereka. Pada umur 39, Colson duduk dalam pejabat bersebalahan dengan Presiden AS. Dia adalah “orang kuat” Nixon di Rumah Putih, orang suruhan yang mampu menyelesai masalah yang rumit. Namun, pada 1972, skandal Watergate telah memusnah reputasinya dan hidupnya berkecai. Kemudian hari beliau menulis,  “Saya sangat mementingkan diri. Saya telah melakukan ini dan itu, saya mencapai, say berjaya dan saya tidak memberikan sedikitpun hormat kepada Allah, tidak pernah bersyukur kerana karunia yang Dia berikan kepada saya. Saya tidak pernah memandang diri saya terlalu tinggi, atau seandai saya memikirkan sedikitpun mengenai kuasa Allah, saya tidak pernah mengaitkan Dia dengan hidup saya.”

“BERITA YESUS MENJELASKAN SETIAP INDIVIDU, SAMA ORANG YAHUDI ATAU YUNANI ATAU ROMAN ATAU DARI MANA-MANA TAMADUN SEKALIPUN, DATANG KEPADA ALLAH BUKAN ATAS DASAR DIRI ATAU KELAHIRANNYA, TETAPI MELALUI PILIHAN SENDIRI UNTUK MEMBENARKAN ALLAH MEMERINTAH DALAM HIDUP PERIBADINYA.”

Ramai orang boleh mengerti pengalaman En Colson. Sangat mudah untuk terperangkap dalam hidup yang pantas dan mendapati sedikit atau tidak ada masa untuk Allah. Namun begitu, tidak menghiraukan anugerah Allah untuk menerima tawaran pengampunan mempunyai akibat yang sama dengan menolaknya sepenuhnya. Hutang dosa kita tetap tidak terlunaskan.
 
Dalam kes jenayah, sedikit sekali orang yang akan menolak pengampunan yang penuh. Pada 1915, George Burdick, penyunting New York Tribune, menolak mendedahkan sumber rencananya dan menyalahi undang-undang. President Woodrow Wilson isytiharkan pengampunan penuh kepada Burdick, tetapi hairan sekali dia menolaknya. Mahkamah Agung memutuskan bahawa pengampunan yang sah hanya berlaku apabila ianya diterima. Justeru itu penolakan Burdick diterima.

Orang menolak pengampunan penuh dari Kristus kerana beberapa sebab. Ada yang menggunakan alasan ilmiah, tetapi gagal mengkaji bukti-bukti. Ada yang hanya menilai dari kehidupan orang Kristian yang hipokrit, hanya memandang kepada kelakuan yang tidak ada kasih atau tidak konsisten sebagai alasan. Ada yang menolak Kristus kerana mereka memarahi Allah atas pengalaman yang sedih. Walaubagaimanapun, Zaharias, yang telah mengajar dalam ratusan kampus dan kolej memperhatikan alasan yang lebih dalam.
 
“Manusia menolak Allah bukan kerana tuntutan ilmiah atau kerana tidak cukup bukti. Manusia menolak Allah kerana penolakan moral yang menolak untuk mengakui bahawa dia memerlukan Allah.”
 
C. S. Lewis menyedari sendiri bahawa keinginannya akan kebebasan moral telah menjadikannya berperang dengan Allah, satu peperangan yang dia tidak akan menang hanya dengan mengubah kelakuannya. Lewis membandingkan penerimaan kita akan Allah itu seperti seorang musuh yang kalah: Manusia yang jatuh bukan setakat manusia yang tidak sempurna yang memerlukan pembaharuan: dia adalah pemberontak yang harus meletakkan senjata. Letakkan senjata anda, menyerah kalah, katakan anda minta maaf, sedari anda berada di landasan yang salah dan bersedia memulakan hidup baru sekali lagi ….itulah yang orang Kristian panggil sebagai pertaubatan.

Pertaubatan adalah satu perkataan yang bermaksud satu perubahan yang dramatik dalam pemikiran. Hal itulah yang berlaku pada ”orang kuat” Presiden Nixon. Setelah skandal Watergate terdedah, Col¬son mula berfikir akan kehidupan dengan cara baru. Menyedari bahawa dia sendiri tidak punyai tujuan, dia mula membaca buku C.S Lewis bertajuk Mere Christianity, yang diberikan oleh seorang kawan. Colson menuliskan semula semua hujah Lewis. Colson berkata, saya tahu masanya sudah tiba bagi saya. … Apakah saya terima tanpa syarat bahawa Yesus Kristus adalah Tuhan dalam hidup saya? Ia seperti satu pintu di hadapan saya. Tidak ada cara untuk keluar dari tepi. Saya akan melangkah melaluinya, atau saya terus terkurung di dalam. Saya ditegur oleh kata-kata seperti ‘mungkin’ atau ‘Saya perlu masa yang lebih’.
 
Selesai bergumul dari dalam, mantan orang kuat Presiden itu akhirnya sedar bahawa Yesus layak mendapatkan kesetiaan penuh daripadanya. Dia menulis, pada awal pagi, sewaktu saya duduk sendirian memandang lautan yang saya sukai, perkata yang sebelum itu saya tidak faham atau katakan saja keluar dari bibir saya: ‘Tuhan Yesus, saya percaya kepada Engkau. Saya terima Engkau. Tolong masuklah ke dalam hidup saya. Saya serahkan diri saya kepada Engkau.

Colson fahami bahawa soalan-soalannya, “Siapakah saya?” “Mengapa saya ada di sini?” dan “Ke mana saya akan pergi?” semuanya dapat dijawab dalam hal hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Seperti kata rasul Paulus yang lebih kurang bermaksud, “Di dalam Kristuslah kami menemui siapakah kami dan untuk apa kami hidup.”

Apabila kita memasuki hubungan yang peribadi dengan Yesus Kristus, Dia memenuhi kekosongan dalaman kita, memberikan kita damai sejahtera, dan memuaskan keinginan kita untuk makna dan harapan. Dan kita tidak perlu lagi bergantung kepada sumber lahiriah untuk kepenuhan dan kepuasan kita. Bila Dia memasuki hidup kita, Dia juga memuaskan keinginan serta keperluan kita yang paling dalam untuk kasih yang benar dan kekal dan keselesaan dan keselamatan.
 
Dan yang hebatnya adalah bahawa Allah sendiri yang datang sebagai manusia untuk membayar segala hutang kita. Justeru, kita tidak lagi berada di bawah hukuman dosa. Paulus menjelaskan hal ini apabila dia menulis: dulu anda adalah musuh, dipisahkan oleh fikiran dan perbuatan jahat, tetapi sekarang Dia telah membawa anda kembali sebagai kawan. Dia melakukan ini melalui kematian-Nya di atas kayu salib di dalam tubuh-Nya sebagai manusia. Justeru, Dia telah membawa anda ke hadirat Allah, dan anda jadi kudus dan tidak bercacat balah sementara anda berdiri di hadapan Dia tanpa sedikitpun kerut. Hadiah Allah adalah hidup kekal – percuma dan untuk dinikmati. Pilihan ada di tangan anda.

Jika anda tergerak oleh Roh Kudus dan ingin menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat hidupmu, Berdoalah dengan penuh iman dan percaya menurut perkataan seperti ini:

”Tuhan Yesus, saya percaya kepada Engkau. Saya terima Engkau sebagai Tuhan dan Penyelamat hidupku. Tolong masuklah ke dalam hidup saya. Saya serahkan diri saya kepada Engkau.”

...jangan lupa berkongsi dengan kami melalui ruangan ini atau mengemail kami.

 

Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Panel Ahli

Statistik

286 berdaftar
0 hari ini
0 minggu ini
45 bulan ini
Terkini: bennylin
Tiada ahli online
Guests: 9

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini24
mod_vvisit_counterKelmarin180
mod_vvisit_counterMinggu ini1585
mod_vvisit_counterBulan ini24
mod_vvisit_counterJumlah1374324

Gereja Anglikan

Info Umum

IP Anda
38.107.191.90
 

Komen Ahli