Acara Pembukaan Khemah Muda-Mudi

Telupid: Semalam 29hb Mei 2006, berlangsung acara pembukaan gilang-gemilang Khemah Muda-Mudi Bahasa Malaysia peringkat negeri Sabah di Pusat Lembah Berkat, Telupid. Seramai 1090 pemuda-pemudi berdaftar termasuk 50 orang dari gereja-gereja tempatan seperti gereja SIB dan Roman Katolik. Diianggarkan lebih 2000 orang hadir pada malam tersebut. Khemah ini telah dirasmikan oleh Rev James Ming Sabran bagi pihak Bishop Sabah. Acara pembukaan diserikan lagi dengan lagu tema bertajuk "Menuju Puncak"  hasil nukilan Pastor Daniu Tawai dan dipersembahkan oleh Misi St Luke, Telupid.

Pastor Jacky Mailoor selaku pengkhutbah jemput menyajikan firman Tuhan dari kitab 1Timotius 4:12. Beliau menekankan supaya pemuda-pemudi mempunyai kehidupan yang boleh menjadi contoh atau teladan kepada orang lain dalam merealisasikan Misi Gereja "Aku Maju! Sidang Maju". Kemudian khutbah telah ditutup dengan cabaran untuk menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat oleh Rev Arun Kuak.

Khemah ini akan terus berlangsung hari ini hingga esok malam 31hb Mei (malam penutupan). Kita berharap khemah ini dapat menggerakkan orang muda menjadi generasi penerus kepada generasi akan datang dan sidang dimana mereka berada akan berkembang pesat.

Share Button

Tinggalkan Balasan