PenjalaFM

40 - Hari Puasa & Doa 2009

Emel Cetak PDF

40 - Hari Puasa & Doa 2009

Buku Doa - English | Bahasa Malaysia | 中文 Chinese | Tamil
Buku Doa Kanak-kanak - English | Bahasa Malaysia | 中文 Chinese

 

Sumber: http://www.necf.org.my/

Dan siapakah jiran saya? Itulah soalan yang diajukan oleh guru Taurat kepada Yesus (Luk. 10:29) yang memberi kesempatan kepada Yesus untuk memberitahu cerita yang kini dikenali sebagai Perumpamaan Orang Samaria yang Baik Hati.

Pada hari ini, mungkin ada orang yang mengajukan soalan yang sama dengan soalan guru Taurat dan Perumpamaan itu juga memberi gambaran yang jelas tentang siapa sesama kita. Adakah sesama kita itu merupakan kumpulan orang yang di sekeliling kita, dalam kawasan kita, dalam masyarakat kita dan di dunia? Atau adakah mereka merujuk kepada orang yang belum dijangkau dan belum diinjili atau orang yang paling kurang dijangkau di seluruh dunia? Atau adakah mereka orang yang paling diabaikan dan disisihkan daripada masyarakat dan komuniti kita? Soalan ini dan soalan lain yang berkaitan di dalam dunia global dan saling berhubungan dalam segala hal dengan orang lain daripada setiap budaya, dialek dan bahasa di sekeliling kita. Dari sudut pandangan Alkitab, Perumpamaan itu menunjukkan dengan jelas bahawa sesama kita adalah siapa sahaja yang ada keperluan. Ini merangkumi "orang yang mudah terdedah pada bahaya, orang tidak berupaya, orang miskin, orang yang ditindas dan mangsa diskriminasi kaum".

Bagi tujuan buku doa ini, kami akan menonjolkan perkara berikut untuk didoakan bersama:

  • Kumpulan etnik - Melayu, Cina dan India menurut bilangan penduduk dan statistik
  • Penduduk penghijrah dan anggaran peratusan bilangan
  • Orang miskin dan terpinggir menurut anggaran peratusan bilangan

Kami berharap agar perkara-perkara yang ditonjolkan di sini dapat memberi maklumat yang sesuai kepada Gereja dan didoakan dengan pemahaman tentang beberapa golongan orang, dan dalam kalangan mereka banyak keperluan sering diabaikan, lalu dilupakan.

Dengan doa daripada setiap orang, kita percaya bahawa Tuhan akan menggerakkan kita supaya berbelas kasihan dan bertindak dengan kasih, dengan itu mengikut teladan Kristus yang prihatin terhadap kebajikan dan hal ehwal semua dalam usaha dan sumbangan kita kepada wawasan Kristian bagi masyarakat majmuk-sivil dalam konteks Malaysia.

Eugene Yapp & Lucrece Loo

Buku 40-Hari Puasa & Doa 2009

Julai 2009

 

Komen
Carian
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Radio Penjala FM

Radio FM Rakan Penjala
Status: PenjalaFM
Sedang Bersiaran
Bersama:
Brenda - Melangkah Pasti - Inilah Hidupku

Panel Ahli

Statistik

286 berdaftar
0 hari ini
0 minggu ini
45 bulan ini
Terkini: bennylin
Tiada ahli online
Guests: 5

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini29
mod_vvisit_counterKelmarin180
mod_vvisit_counterMinggu ini1590
mod_vvisit_counterBulan ini29
mod_vvisit_counterJumlah1374329

Gereja Anglikan

Info Umum

IP Anda
38.107.191.93
 

Komen Ahli