1 2 3 Aku Maju! Sidang Maju YES!

Merupakan slogan yang dilaung-laungkan pada kemah kali ini. Slogan ini sangat memberangsang serta membangkitkan semangat anak-anak muda menerima cabaran untuk menuju puncak kemajuaan. Dalam suasana kemeriahan ini, pihak Komuniti Penjala berkesempatan menuramah beberapa orang peserta dan pelayanan sepenuh masa untuk mendapatkan pandangan mereka tentang Kemah Muda-Mudi (KMM) ini.

"KMM ini boleh membentuk dan melahirkan satu generasi yang MENGASIHI DAN TAKUT AKAN TUHAN."

Cik Alice Arminah Aik, Penginjil Misi Efifani, Tongod

"Saya berharap semua peserta dapat menunjukkan komitmen yang baik selepas kembali dari kemah ini. Gereja hanya akan maju bila kita berkomitmen untuk maju. Maju selangkah lagi untuk kemuliaan Tuhan."

En Atlianues Atee, Penuntut SPMDS 2

"Anak-anak muda hari ini merupakan generasi penerus yang akan menjangkau generasi akan datang. Biasanya anak-anak muda senang sekali dipengaruhi oleh keadaan persekitaran seperti gejala sosial, keruntuhan moral dan sebagainya. Kemah ini menyedarkan anak-anak muda mengambil peranan mereka kepada generasi akan datang."

Cik Cecily Jeremy Amin, Penginjil Muda Misi St. Stephen, Segama, Lahad Datu

"Aku Maju, Sidang Maju! Tema yang sangat mencabar kepada sebagai peserta supaya memberikan komitmen untuk memajukkan sidang masing-masing."

En Jells Ening Babiah, Peserta Misi Holy Nativity, Kg. Nangoh

"Inilah kali pertama saya menyertai mana-mana kemah seumpama ini. KMM ini memberikan pengalaman baru dan mencabar saya saya mengubah sikap lama yang tidak berkenaan kepada Tuhan. Saya akan kongsikan pengalaman ini kepada kawan-kawan saya apabila kembali ke kampung nanti."

En Samuel KK Sagintun, Peserta Gereja Kristus Penyelaman, Kg. Bantul, Pagalungan, Keningau

"Sebelum ini, saya berfikir untuk tidak melibatkan diri kepada mana-mana pelayanan gereja, namun KMM ini telah menyedarkan saya. Saya berdoa supaya Allah memberikan kebijaksanaan untuk saya membuat keputusan."

Cik Lee Chew Ling @ Wendy, Penuntut UUM, Kedah – Peserta Gereja St.Paul, Beaufort

"Tema pada tahun ini memang tepat kerana setiap anak-anak muda harus maju. Kalau anak-anak muda tidak siap dan diperlengkapi dari sekarang, gereja yang ada pada masa ini dan yang akan datang tidak mampu menangani semua cabaran pada masa depan."

En Ghani, Peserta Gereja St. Micheal & Para Malaikat, Sandakan

"KMM ini menyegarkan dan mengukuhkan kerohanian pada muda-mudi."

Cik Diana Widi, Peserta Gereja St. David, Telupid

"Ada segelintir peserta yang menyertai KMM ini memperlihatkan sikap yang kurang positif dan sikap tersebut mempengaruhi orang lain. Hal ini tidak akan berlaku jika mereka datang dengan hati yang sungguh-sungguh ingin diubah oleh Tuhan."

En Lim Chin Liang, Penuntut Sekolah Teologi Sabah, Kota Kinabalu

"Melalui kemah ini, muda-mudi dapat belajar mengenali hamba-hamba Tuhan dan boleh meminta dorongan dan pandangan mereka. Kemah ini juga memberikan kesempatan belajar tentang rancangan Yesus melalui Firman-Nya. Berdoa agar anak-anak muda mempunyai komitmen untuk melayani Tuhan sekembalinya ke sidang masing-masing."

En Daud Yohanes, Peserta Gereja St. Margaret, Keningau

"Aku Maju, Sidang Maju! adalah satu tema yang cukup ringkas namun ia mempunyai erti yang sangat dalam. Tema ini sangat sesuai bagi anak-anak muda untuk bangkit dan bersinar ditengah-tengah bangsa yang belum mengenal Tuhan. Sebagai anak-anak muda yang cukup kuat, cergas dan cerdik, kita seharusnya mempergunakan masa muda kita ini dengan sebaik-baiknya bagi kemuliaan Tuhan."

Cik Shilda Tais, Peserta Gereja Indah, Sandakan

"Khutbah dan ceramah sangat mendorong para anak muda, kerana semua Firman Tuhan yang disampaikan sesuai dengan konteks hari ini iaitu bagaimana supaya diri sendiri maju, sidang yang dilayani juga maju, harus berkenaan, hidup suci dan menjadi teladan yang baik kepada semua orang."

En Tean Araman, Penginjil Gereja St. Paul, Ranau

"Temanya sangat sesuai untuk keadaan sekarang. Ia menuntut anak-anak muda untuk maju supaya sidang boleh maju. Kita berharap semua peserta memahami apa yang telah diajarkan dalam KMM ini. Sebagai anak-anak muda, kitalah pemimpin gereja hari esok. Sudah tiba masanya kita bangkit untuk masa depan."

En Frans Donald, Peserta Gereja St. Mark, Lahad Datu

"Saya mengalami perubahan hidup rohani kerena mendengar pengajaran firman Tuhan dan juga kesaksian dari peserta lain. Saya akan kongsikan pengalaman ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang lain."

Cik Ladiah Lausin, Peserta Gereja Terang Hidup, Bukit Garam

"Aku Maju, Sidang Maju merupakan tema yang tepat untuk generasi masa kini yang akan mengisi kepimpinan setiap sidang akan datang. Saranan ini bersifat holistik dan harapan saya semoga setiap peserta sedar kenapa, bagaimana dan untuk siapa mereka perlu MAJU! Semoga terus maju menuju puncak kemulian Tuhan!"

Pst. Daniau Tawai, Pengerusi AJK Kecil Pelaksanaan KMM 2006

Share Button

Leave a Reply